Monday, October 24, 2011

Kursus Kewartawanan & Pemberitaan Harakah di Ipoh

Penulis bersama Dato' Tarmizi Mohd Jam

IPOH (23 Okt): Saya berasa bertuah dan berterima kasih kerana telah terpilih sebagai salah seorang daripada peserta Kursus Kewartawanan & Pemberitaan anjuran Lajnah Penerangan & Dakwah, Badan Perhubungan PAS Negeri Perak dengan kerjasama daripada Kumpulan Harakah.

Seramai 33 orang peserta daripada seluruh kawasan di Perak telah hadir bagi mempersiapkan diri sebagai wartawan di kawasan masing-masing. Kini, Buletin Yop, satu terbitan berkala daripada Penerangan Pas Perak bakal menerima berita-berita dan gambar secara kerap dan cepat daripada para wartawan ini.


Dua orang kuat Kumpulan Harakah telah sudi meluangkan masa untuk turun ke Ipoh bagi mencurahkan ilmu serta pengalaman berpuluh tahun sebagai wartawan.

Pengarah Berita Harakah, Dato' Tarmizi Mohd Jam memberikan taklimat yang bertajuk 'Kursus Penulisan Berita' pada sesi pagi. Manakala Ketua Pengarang Kumpulan, Saudara Ahmad Lutfi Othman pula memenuhi sesi petang dengan tajuk 'Peranan Besar Wartawan Dalam Politik'.


Sesi soal jawab yang dibuka oleh kedua-dua penyampai ini telah membuka ruang yang seluas-luasnya kepada peserta untuk bertanya serta memberikan pendapat mereka. Minat untuk menjadi wartawan jelas kedengaran daripada soalan-soalan dan pandangan yang diluahkan.


Mengikut tinjauan penulis, rata-rata kursus ini memberikan impak yang begitu besar kepada peserta yang selama ini masih mencari-cari identiti dan cara sebenar untuk menulis berita. Kefahaman peserta mengenai penulisan berita terserlah apabila ramai yang berazam untuk menghantar berita-berita daripada kawasan mereka kepada Harakah.




Dipenghujung kursus, para peserta telah dianugerahkan dengan sijil pengikhtirafan sebagai wartawan YOP. Kesemua sijil-sijil ini telah disampaikan oleh Pesuruhjaya III Pas Perak, Tuan Haji Razman Haji Zakaria.

Ketua Penerangan PAS Perak, Ustaz Nuri Al-Amin menyampaikan cenderahati penghargaan kepada Dato' Tarmizi Mohd Jam

Saudara Ahmad Lutfi Othman menerima cenderahati beliau daripada Ustaz Nuri

Semoga dengan berjayanya program kursus ini, pelbagai berita akan disalurkan daripada kawasan-kawasan melalui wartawan-wartawan yang telah bersedia berkhidmat ini.

No comments:

Followers