Monday, August 15, 2011

Ziarah Pimpinan PAS Perak ke kawasan: Agenda kukuhkan strategi perjuangan


MANJUNG, Ziarah pimpinan dan Iftar Jamaie anjuran Badan Perhubungan PAS Perak yang diadakan di Surau Madah Fasa A, Manjung semalam. Lebih 200 orang pimpinan dan ahli PAS dari cawangan-cawangan hadir membanjiri surau tersebut.


Antara pimpinan yang hadir ialah Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Hussain, Timbalan Pesuruhjaya Ustaz Misbahul Munir dan Tuan Haji Razman, Setiausaha Dr Muhaimin sulam, Ketua Penerangan Ustaz Ahmad Nuri Al-Amin dan ramai lagi.

Program yang bermula sejak petang itu dimulakan dengan ucapan pimpinan serta tazkirah pendek disusuli dengan berbuka puasa dan terawih berjemaah. Selepas selesai menunaikan solat terawikh, Pesuruhjaya PAS Perak telah menyampaikan tazkirah yang bertajuk 'Negara Berkebajikan'.


Pesuruhjaya PAS Perak itu, menyarankan kepada pemimpin supaya mendidik masyarakat di negara ini tentang ajaran Al-Quran yang sebenar, Ustaz Abu Bakar Hussain berkata rakyat mengalami masalah kefahaman tentang ajaran Al-Quran yang sebenar. "Pemimpin perlu meng'Al-Quran'kan rakyat agar rakyat mengetahui Islam secara menyeluruh yang telah disyariatkan olehNYA di dalam Al-Quran". Katanya ketika Majlis Berbuka di Surau Madah Manjung baru-baru ini

Ustaz Abu Bakar dalam tazkirahnya menyeru supaya ahli gerakan Islam didalam perjuangan PAS ini cuba untuk membersihkan hati rakyat daripada fahaman-fahaman yang tidak benar.


"UMNO telah berjaya menyempitkan pemikiran rakyat tentang Islam., selagi hati rakyat tidak dibersihkan, rakyat tidak akan dapat menerima dasar yang diperjuangkan oleh PAS," jelas beliau.








No comments:

Followers