Monday, August 15, 2011

Pemimpin perlu didik masyarakat dengan Al-Quran - Pesuruhjaya Pas Perak

Manjung- PAS menyarankan kepada pemimpin supaya mendidik masyarakat di negara ini tentang ajaran Al-Quran yang sebenar. Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain berkata rakyat mengalami masalah kefahaman tentang ajaran Al-Quran yang sebenar. "Pemimpin perlu meng'Al-Quran'kan rakyat agar rakyat mengetahui Islam secara menyeluruh yang telah disyariatkan olehNYA di dalam Al-Quran". Katanya ketika Majlis Berbuka di Surau Madah Manjung baru-baru ini

Ustaz Abu Bakar dalam tazkirahnya selepas menunaikan solat tarawih menyeru supaya membersihkan hati rakyat daripada fahaman-fahaman yang tidak benar. "UMNO telah berjaya menyempitkan pemikiran rakyat tentang Islam. "Selagi hati rakyat tidak dibersihkan, rakyat tidak akan dapat menerima dasar yang diperjuangkan oleh PAS," jelas beliau.

Pasa majlis yang dianjur oleh Badan Perhubungan PAS Negeri Perak tersebut, lebih 200 orang telah hadir memenuhi Surau Madah. Program bermula dengan ucapan pimpinan dan berbuka seterusnya tazkirah daripada Pesuruhjaya PAS Perak.


No comments:

Followers