Friday, August 12, 2011

PAS kira 100 hari dari sekarang

IPOH - Jentera pilihan raya Pas diarahkan bersiap sedia dari sekarang dengan kiraan 100 hari menjelangnya Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Perkara itu ditegaskan Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub ketika program bersama Pas Kawasan Ipoh Timur di sini, baru-baru ini.

Salahuddin dalam ucapannya selepas menunaikan solat Sunat Tarawih menjelaskan keputusan Mesyuarat Pas Pusat baru-baru ini menjangkakan PRU-13 akan berlaku bila-bila dan mungkin dalam masa terdekat.

"Saya ingin maklumkan, peringkat Pas Pusat telah memutuskan semua jentera parti dipersiapkan dalam tempoh 100 hari dari sekarang dan kita menjangkakan PRU-13 juga sudah hampir dengan kita," jelas Salahuddin di dalam ucapannya di Markaz Unit Peti Undi (UPU) Taman Pengkalan Barat, Ipoh.

Beliau juga meminta semua peringkat parti bekerja keras bagi memenangkan Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihan raya kali ini untuk sama-sama menuju ke Putrajaya. 

Beliau yakin semua ahli Pas akan membantu jentera PR termasuk PKR atau DAP untuk sama-sama bekerja keras kali ini.
 
sinarharian

1 comment:

azizanwahab said...

ana dr cwgan larut,pa yg ana tegok pemimpim pas x turun ke kws, klu p pun hny ke markas atau umh kenduri..minta ceramah, suruh cwgan tungu last2 diam terus...ubah la ckit sikap 2..kami cwgan x minta satu sen pun dr pemimpim pyh sgat ke nk htaq penceramah kat kami....

Followers