Thursday, August 18, 2011

Kunjungan berbuka puasa pelajar STAR ke Surau Al-Ihsan


IPOH (17.8.11): Bersempena dengan cuti umum Nuzul Quran, sekumpulan seramai 40 orang pelajar-pelajar Sekolah Tunku Abdul Rahman (STAR), Ipoh yang terdiri daripada ahli-ahli kelab BADAR (Badan Amal Makruf) tingkatan 3, 4 dan 5 berkunjung ke Surau Al-Ihsan, Rapat Setia, Ipoh untuk berbuka puasa dan bersolat terawih.

Sepertimana tahun lalu, kumpulan BADAR daripada STAR ini telah memilih Surau Al-Ehsan sebagai destinasi mereka untuk menimba pengalaman berbuka puasa, solat terawih dan bertazkirah didalam suasana berjemaah.

Kumpulan ini yang diketuai oleh guru mereka, Ustaz Tanusi dan Ustaz Rahim telah diberikan peluang oleh pihak surau untuk mengendalikan sendiri penyediaan berbuka puasa, mengimamkan solat Isyak dan juga Terawih. Pengalaman ini menyedia dan mendedahkan mereka dengan suasana hidup berjemaah dan bermasyarakat.

Majlis tahlil sebelum berbuka yang dikendalikan oleh pelajar-pelajar ini sendiri

Jemaah surau dan juga guru STAR

Menunggu masuknya waktu berbuka

Ustaz Rahim (berbaju hitam) juga kelihatan seronok berbuka di surau ini

Hidangan kuih-muih dan bubur lambuk buat berbuka puasa

Solat Maghrib sebelum menikmati hidangan moreh

Pelajar-pelajar STAR menghidangkan makanan

Beratur untuk mengambil hidangan

Makan bertalam 4 orang


AJK Surau memastikan segalanya berjalan lancar

Menu moreh hari ini, Nasi Briyani, Kari Kambing, Ayam Masak Merah dan Jelatah



Sedap sungguh berbuka malam ini

Selepas berbuka, pelajar-pelajar membasuh pula


Ketua rombongan, Ustaz Tanusi kelihatan gembira dengan majlis malam ini

Pelajar STAR melaungkan azan untuk solat Isyak

Mereka juga diberikan peluang untuk mengimamkan solat Isyak dan Terawih


Haji Omar mewakili pihak surau, memberikan sepatah dua kata


Tazkirah Ramadhan

Sdr Nuruddin membawakan tazkirah mengenai pemuda Kahfi

Muhammad Nuruddin Bashah

Ustaz Tanusi mengucapkan penghargaan diatas kesudian pihak surau menerima kunjungan pelajar-pelajar STAR

Ustaz Rahim yang mewakili pelajar-pelajar STAR menyampaikan cenderamata kepada Ustaz Faisol bagi pihak surau

Bersalam-salaman diakhir majlis


Sebelum pulang, sekali lagi pelajar-pelajar STAR ini dijamu dengan kuih-muih

Dengan kejayaan kunjungan kali kedua pelajar-pelajar STAR ke Surau Al-Ihsan ini, mungkin majlis sebegini boleh dijadikan acara tahunan kelab BADAR ini. Semoga pengalaman yang mereka timba semasa berbuka disurau ini, akan lebih mematangkan mereka didalam kehidupan bermasyarakat.

1 comment:

jarum peniti mak long said...

nampaknya macam tak ada muslimat kat surau ni....

Followers