Tuesday, August 9, 2011

PAS Perak tumpu agenda Negara Berkebajikan - Pesuruhjaya Pas Perak

PAS Perak akan terus memberikan komitmen bagi merealisasikan agenda Negara Berkebajikan yang diserlahkan melalui Buku Jingga yang  telah sama dibentuk bersama Pakatan Rakyat.

PAS Perak kini sentiasa berusaha
 untuk memipin rakyat khususnya orang melayu bagi merealisasikan agenda PAS ganti  Umno bagi orang Melayu. PAS Perak juga akan membawa wajah baru bagi orang Melayu serta memperkasakan mereka dengan agenda  Islam yang sebenar.

PAS Perak, sentiasa memastikan 
 apa yang diperjuangkan PAS bukannya berlandaskan semangat fanatik perkauman yang mencetuskan hubungan yang tegang antara kaum kerana Islam mengajar kita bersaudara di kalangan manusia sebagai mana yang dipaparkan oleh Rasulullah SAW.

Perkara ini yang sedang diperjuangkan PAS Perak, PAS Perak tidak memilih jalan menonjol dengan keperkasaan kaum melalui semangat Kebangsaan fanatik yang diapi-apikan hingga boleh menimbulkan natijah buruk kepada keharmornian Negara Malaysia.

PAS Perak yakin bahawa kini 
 sudah tiba masanya rakyat Melayu Islam menjadikan PAS pengganti kepada Umno untuk menyelamatkan negara dalam masa yang sama rakyat bukan Islam tidak perlu takut dan bimbang kepada PAS, PAS telah membuktikan kerjasama baik yang diberikan dalam Negeri-negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat. 

Sudah tiba juga masanya rakyat bukan Islam membuat perubahan bersama Pakatan Rakyat dengan menyedari bahawa perubahan tidak boleh berlaku melainkan secara bersama. Di mana tidak berlaku dengan orang Melayu sahaja berubah, kaum lain sahaja berubah tetapi kita semua berubah melalui Pakatan Rakyat.

Ustaz Abu Bakar Hussain

( Pesuruhjaya PAS Perak )


http://perak.pas.org.my/

ustazabubakar.wordpress.com

No comments:

Followers