Wednesday, August 17, 2011

Ramadhan ini, fakir miskin dan ibu tunggal tidak dilupakan


BATU GAJAH (14.8.11): Masih ramai terdapat fakir miskin dan ibu tunggal yang mengharungi kepayahan bagi meneruskan kehidupan seharian mereka didalam kawasan Batu Gajah. Tidak terkecuali, bulan Ramadhan yang mulia ini.

Sehubungan dengan itu, Pas Batu Gajah bersama-sama Pusat Khidmat Masyarakat (PR) Dun Sg Rapat telah mengambil inisiatif untuk menghulurkan bantuan bagi meringankan sedikit bebanan yang ditanggung golongan ini.

YDP PAS Batu Gajah, Tuan Haji Ismail telah berjaya mengadakan barangan keperluan seperti beras dan gula untuk disalurkan kepada lebih 130 rumah sekitar Batu Gajah dan Dun Sg Rapat seperti Kg Pisang, Ara Payung, Sungai Terap, Taman Mewah dan kampung-kampung yang berhampiran. Penyelia Pusat Khidmat Masyarakat (PR) Dun Sg Rapat, Sdr Radzi Zainon telah berbesar hati untuk turut serta didalam program ini bersama-sama dengan Pas Batu Gajah.

Mungkin bantuan yang dihulurkan tidaklah sebesar mana, namun sekurang-kurangnya ingatan tulus ikhlas pihak penganjur untuk membantu telah menerbitkan air mata dikalangan penerima bantuan. Ada juga pihak yang prihatin dengan nasib mereka. Sesungguhnya, Ramadhan ini mereka tidak berseorangan kerana PAS sentiasa ada bersama-sama mereka.

Seharian perjalanan menyampaikan bantuan tersebut telah dimemorikan lensa buat tatapan kita bersama:

Haji Ismail, Sdr Ahmad Osman dan Sdr Radzi Zainon bersama-sama petugas meredah kampung menyampaikan sumbangan

Senarai fakir miskin dan ibu tunggal yang telah tersedia didalam simpanan Pusat Khidmat Masyarakat (PR) Dun Sg Rapat

Jauh renungannya, tinggi lagi impiannya untuk terus membantu

Muslimat PAS Batu Gajah juga memainkan peranan yang aktif

Bantuan yang dihulur diterima baik dengan penuh syukur

Mejar (B) Yahya, pembantu kepada Sdr Radzi membantu membersihkan kawasan rumah seorang penerima bantuan

Haji Sarjee Haji Ramly sedang meneliti senarai alamat penerima bantuan


Kedatangan rombongan kami disambut baik dengan penuh senyuman

Sdr Radzi sedang bertanya khabar kepada ibu tunggal ini

Menyelami masalah rakyat adalah salah satu bidang tugas yang biasa bagi Sdr Radzi



Pelbagai luahan kesusahan yang dideritai mereka disampaikan kepada Sdr Radzi

Sdr Radzi yang juga seorang motivator sedang memberikan sedikit motivasi kepada anak ini

Bantuan disampaikan

Tekun mendengar kisah hidup yang bergelumang dengan kesusahan


Bantuan yang sedikit dan kecil tetapi amat bermakna buat yang menerima


Susulan ziarah dan penyampaian bantuan selepas ini...

No comments:

Followers