Tuesday, August 16, 2011

Program Tajaan Berbuka Puasa Bersama Pelajar Tahfiz & Anak Yatim

Semoga tuan/puan berada dalam lindungan Allah SWT dan diberi kesihatan dan kesejahteraan.

Ramadhan menjenguk lagi. Dan kedatangannya memang dinanti. Inilah masa yang paling sesuai untuk merebut ganjaran pahala yang berlipat kali ganda tanpa diganggu-gugat oleh syaitan dan iblis, hanya nafsu yang perlu dikawal.

}Firman Allah SWT yang bermaksud: {Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (di antara yang hak dan yang batil)}. [Al-Baqarah: 185]

Ibadat memberi makan bagi orang yang berbuka, akan menjadi asas kepada banyak ibadat-ibadat lain, rahmat dan kasih sayang terhadap sahabat yang diberi makan, akan melahirkan majlis para solihin, yang mengharapkan pahala di atas ketaatan, yang dikuatkan dengan makanan yang disedekahkan tadi.

}Firman Allah SWT: Maksudnya: {Dan mereka memberikan makanan yang disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan orang yang ditawan. (Mereka berkata:) Sesungguhnya kami memberi makanan kepadamu hanyalah untuk mengharapkan keredhaan Allah, kami tidak menghendaki balasan dari kamu dan tidak pula (ucapan) terima kasih. Sesungguhnya kami takut akan (azab) Tuhan kami pada suatu hari yang (di hari itu) orang-orang bermuka masam penuh kesulitan. Maka Tuhan memelihara mereka dari kesusahan hari itu, dan memberikan kepada mereka kejernihan (wajah) dan kegembiraan hati. Dan dia memberi balasan kepada mereka kerana kesabaran mereka (dengan) syurga dan (pakaian) sutera.} [Al-Insan: 8-12].

Pihak Madrasah dengan ini membuka peluang kepada Tuan dan Puan, Saudara saudari kaum Muslimin untuk bersama – sama merebut peluang yang terbuka luas ini untuk bersama – sama menaja majlis Berbuka Puasa Bersama Pelajar Tahfiz, sesungguhnya pelajar – pelajar tahfiz adalah insan terpilih yang sentiasa dekat dan rapat dengan Al Quran. Kehidupan mereka adalah Al Quran,  dan mereka adalah Al Quran Bergerak diatas muka bumi ini.  Dan mereka adalah Duta – Duta Allah diatas muka bumi ini.

Bagi umat Islam yang prihatin dan berusaha untuk merebut amal jariah adalah dipelawa untuk menaja program ini,  dimana anggaran kos untuk majlis Berbuk Puasa Bersama Pelajar Tahfiz ini adalah sebanyak RM500 bagi satu (1) hari berbuka.

# Jika tidak mampu, disyorkan untuk berkongsi. Islam itu mudah.  

Bagi Tuan dan Puan yang sudi menaja, diharap tidak melepaskan peluang untuk turut sama berbuka bersama dengan pelajar dan staff Madrasah.

Untuk sebarang pertanyaan,  sila hubungi Mudir Madrasah - Al Fadhil Haji Abdul Rasyid Al Hafiz.  019 2345 980.

http://madrasah-arrasyid.blogspot.com/

No comments:

Followers