Sunday, August 14, 2011

Rakyat menang saman, penyelewengan Felcra terbongkar



Kemenangan akhirnya berpihak kepada rakyat apabila seorang waris kepada peserta Felcra yang telah lama ditipu Felcra akhirnya menang saman atas pencerobohan Felcra Berhad keatas tanah ibunya.


Plaintif, Mohamad Ramly Sanji, 60, menfailkan saman berkenann pada 2008 selepas mendapati pihak defenden iaitu Felcra Berhad melakukan pencerobohan ke atas tanah seluas dua hektar dijalan Kacu Tapah, yang dibangunkan atas tujuan tanaman kelapa sawit.

Keputusan dibuat Mahkamah Tinggi Ipoh melalui Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Dr Hassan Abd Rahman.


Melalui keputusan itu, mahkamah memutuskan bahawa perjanjian yang dibuat oleh Felcra dengan ibu plaintif tidak sah.

Selain itu mahkamah turut mengeluarkan perintah injuksi mandotori yang menetapkan bahwa pihak Felcra perlu mengosongkan tanah tersebut dalam masa 30 hari dan segala kos pengosongan itu perlu ditanggung pihak Felcra.


Pihak Felcra juga perlu membayar ganti rugu kepada plaintif dan kos tindakan itu akan ditaksirkan mahkamah.

Plaintif.


Mohamad Ramly Sanji, menyatakan perjuangan beliau banyak dibantu oleh Badan Bertindak Peserta Felcra ( BAPA ).


Sementara itu, menurut pengerusi Badan Bertindak Peserta Felcra ( BAPA ) yang juga merupakan Timbalan 3 Pesuruhjaya PAS Perak, Tuan Haji Razman, beliau menganggap kemenangan ini adalah kemenangan rakyat.


Beliau menyatakan, kini Badan Bertindak Peserta Felcra (BAPA) sedang rancak melakukan jelajah di rancangan-rancangan Felcra seluruh Negara untuk terus memberi kesedaran serta membantu peserta-peserta untuk mendapatkan semula hak-hak mereka yang selama ini tidak diendahkan oleh pihak pengurusan Felcra.


Mohd Hafez Sabri


( Pegawai Khas Pesuruhjaya PAS Perak )



No comments:

Followers