Wednesday, August 17, 2011

Pas Batu Gajah prihatin kebajikan rakyat dibulan Ramadhan




PAS Kawasan Batu Gajah dengan kerjasama PAS Kawasan Gopeng telah mengadakan program ziarah dan bantuan kebajikan sempena Bulan Ramadhan. .

Program ziarah itu diketuai oleh Timbalan Yang Dipertua PAS Gopeng, Ustaz Ir Radzi Zainon dan Yang Dipertua PAS Kawasan Batu Gajah, Haji Ismail Ariffin serta pimpinan PAS kawasan. Seramai 130 golongan yang memerlukan dari Kampung Pisang, Ara Payung, Sungai Terap, Taman Mewah, Siputeh dan Tronoh telah menerima bantuan keperluan harian seperti beras dan gula.

Pelbagai rintihan rakyat dapat didengar yang majoritinya kecewa dengan kerajaan sekarang khususnya wakil rakyat kawasan tersebut yang mengabaikan golongan miskin yang memerlukan.

Program ini diadakan sepanjang Bulan Rmadhan tahun ini...

"PAS PRIHATIN"
















2 comments:

tungkaran hati.blogspot said...

Sejak akhir-akhir ini kita telah melihat kebobrokan pentadbiran di PPinang, Selangor, Kedah dan juga Kelantan.(perhimpunan Bersih, gereja-murtad, bacaan Al-Quraan-Azan dan sebagainya)
Kebobrokan semakin tenat dengan sikap PAS yang hanya pentingkan undi dan pilihanraya(SPR?) tanpa mempertahankan akidah dan syiar Islam. Keadaan ini barangkalinya tidak akan terjadi sekiranya PAS tidak bersekongkol dengan DAP yang sememangnya anti-Islam....
Kembalilah PAS kepada perjuangan asal sebuah negara Islam bukannya negara kebajikan seperti yang direncanakan dan disukai oleh DAP....!
Jika PAS melihat UMNO jahil mentadbir negara...buktikanlah PAS adalah terbaik untuk seluruh rakyat di bumi Malaysia ini...bukannya sekadar berceramah dan bertazkirah sahaja!
Sesuatu yang manis dalam perjuangan adalah mengakui kesilapan sendiri dan tidak menyalahkan pihak lain.

Alhamdulillah said...

Jangan kata kerajaan tidak membantu semua individu yang menerima bantuan daripada PAS juga telah menerima bantuan daripada kerajaan iaitu daripada yayasan Bina Upaya. Mereka ni siapa yang bagi pun dema ambil.

Followers