Saturday, July 3, 2010

Al-Fatihah buat Ustaz Shuib Hussein


Ustaz Shuib Hussein, Timbalan YDP PAS Kampar yang telah sekian lama terlantar sakit akibat serangan jantung telah menghembuskan nafas terakhir beliau di Hospital Kampar pada jam 12 tengah malam tadi.

Jenazah akan disolatkan di Masjid An-Nur, Kampar serta dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Sejahtera, Kampar dekat Mambang Di Awan pada jam 11 pagi ini.

Marilah bersama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah, semoga roh beliau ditempatkan di sisi orang-orang yang beriman. Segala jasa-jasa beliau dalam pergerakan jemaah Islam tidak akan dilupakan.

Takziah diucapkan kepada keluarga beliau serta diharap dapat bersabar dengan ujian ini.

Al-Fatihah.

3 comments:

armouris said...

info tentang serangan jantung di SIHAT SELALU - Bagaimana Serangan Jantung Terjadi

Sangkaribut said...

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan bersama-sama para syuhada'.

mohon link
http://ruhuljadid4u.blogspot.com/

Na'im Nikmat said...

Al-Fatihah..

Followers

Video ajijoi

Loading...