Wednesday, June 2, 2010

Laporan mengelirukan mengenai rombakan kabinet

Tiada wakil Umno terbabit rombakan Kabinet

June 01, 2010

KUALA LUMPUR, 1 Jun — Rombakan kecil Kabinet yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini tidak membabitkan mana-mana wakil rakyat atau perwakilan yang dilantik daripada Umno, parti terbesar dalam gagasan Barisan Nasional (BN) yang memerintah.

Sebaliknya, perubahan itu membabitkan paling banyak wakil daripada MCA, kesemuanya sembilan orang yang terlibat.

Terdapat spekulasi yang hangat sejak beberapa minggu lepas mengenai rombakan beberapa orang menteri daripada Umno namun semuanya tidak menjadi kenyataan apabila rombakan Kabinet oleh Perdana Menteri itu diumumkan kira-kira 4.30 petang.

Dua wakil daripada MCA digugurkan — Datuk Seri Ong Tee Keat sebagai Menteri Pengangkutan dan Datuk Wee Jeck Seng sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

Tiga orang dilantik sebagai Timbalan Menteri iaitu Anggota Parlimen Labis Chua Tee Yong, Senator Datuk Donald Lim Siang Chai dan Senator Gan Ping Shou alias Gan Ping Sieu.

Seorang dinaikkan pangkat daripada timbalan menteri kepada menteri penuh iaitu Datuk Wira Chor Chee Heung selain menyaksikan perubahan portfolio dua timbalan menteri iaitu Senator Heng Seai Kie dan Datuk Lee Chee Leong, serta seorang menteri iaitu Datuk Seri Kong Cho Ha. — Bernama

Tiada? Janganlah nak menipu orang-orang Melayu dikampung-kampung yang hanya membaca Utusan dan BHarian sahaja.

Kenapa tidak melaporkan yang 3 wakil Umno DIGUGURKAN? Ahli majlis tertinggi Umno, Datuk Hamzah Zainuddin (Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komuniti), Datuk Johari Baharom yang juga Ketua Bahagian Umno, Kubang Pasu (Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani) dan Datuk Razali Ibrahim, Naib Ketua Pemuda Umno (Timbalan Menteri Belia dan Sukan).

Siapa pula yang Najib lantik untuk menggantikan wakil-wakil Umno ini? Wakil-wakil daripada MCA.

Dan menjadi trade mark pemerintahan Najib sekarang adalah melantik senator-senator melebihi ahli-ahli parlimen yang memenangi pilihanraya lalu. Sehinggakan Donald Lim, D’Cruz dan Gan dilantik Senator setelah dipilih kedalam kabinet Najib.

Sekarang ini siapa yang menjadi boneka Cina yang sebenarnya?

1 comment:

Yanaam said...

Saya rasa, laporan awal Malaysiakini itu sudah diperbetulkan. Ketiga2 timbalan menteri Umno itu masih menyandang jawatan masing2.

Followers