Friday, January 8, 2010

Nizar lebih popular berbanding Najib

KUALA LUMPUR : Google.com meletakkan Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaludin sebagai antara insan yang paling banyak mencetuskan berita atau diberitakan di Malaysia sepanjang tahun 2009.

Tokoh PAS itu turut mengatasi populariti Perdana Menteri, Najib Razak dan Menteri Pengangkutan, Ong Tea Keat yang masing-masing berada di tangga ke 8 dan ke 9.

“Ini merupakan penghargaan kepada rakyat khususnya di Perak yang selama ini kekal bersama dengan harapan ke arah perubahan dalam negara yang lebih baik,” katanya ketika dihubungi erapakatan.com sebentar tadi.

Menurut Ahli Parlimen Bukit Gantang itu, rakyatlah yang mencetuskan berita selama ini kerana mereka yang dahagakan keamanan dan keadilan yang semakin cuba dikuburkan oleh Umno dan Barisan Nasional.

Terdahulu, Nizar yang diamanahkan sebagai MB Perak selepas Pakatan Rakyat berjaya menawan negeri itu digugat oleh Umno dan BN yang melakukan rampasan kuasa setahun lalu sehingga mencetuskan pelbagai masalah dalam negara khususnya di Perak.

Rampasan kuasa itu turut meletakan ekonomi negeri Perak terganggu selain menyaksikan perlembagaan negara di atur sesuka hati oleh kerajaan Umno dan BN.

Nizar menambah, beliau tidak faham mengapa sehingga kini Mahkamah sukar menetapkan tarikh untuk menetapkan perbicaraan bagi menentukan siapakah Menteri Besar Perak yang sah.

Google turut meletakan Nizar sebagai lelaki paling popular dalam carian mereka sepanjang tahun 2009.

Turut tersenarai dalam 10 tangga teratas itu ialah Fasha Sandha, Zakiah Anas, Sufiah Yusof, Kartika, Elizabeth Wong, Manohara Odelia Pinot dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

2 comments:

Pecah Tembelang said...

sebab popular kereta terbalik tu...

PKR (PERAMPAS KUASA RAKYAT) said...

Wahai Ajijoi,

Memanglah Nizar popular.

Antara istilah yang popular pulak ialah rampasan kuasa, bubar DUN, persidangan bawah pokok ala Laksamana Do Re Mi, MB Yang Sah (walaupun kerajaan dah tak ada)dan rumah kediaman MB Yang Sah.

Macam artislah, kalau tak ada gosip dan kontroversi dalam berita seperti kawin cerai, cinta empat segi dan gambar bogel macam mana nak popular.

Cumanya Nizar nak diletak dalam kategori apa dalam ANUGERAH LAGU POLITIK 2009 yang akan diadakan nanti.

Sekian.

Followers