Tuesday, January 26, 2010

BN disaman RM546juta, SPRM siasat kes Disneyland Khir Toyo

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyiapkan siasatan dakwaan penyalahgunaan dana awam berhubung lawatan bekas MB Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo ke Disneyland di Perancis dan Amerika Syarikat.

Pengarah SPRM Selangor Datuk Jaafar Mahad berkata kini terpulang kepada peguam kanan persekutuan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya untuk mengambil lanjut.

Khir didakwa mengguna dana kerajaan negeri untuk dua "lawatan teknikal" ke taman tema di Perancis dan Amerika Syarikat pada 2004 dan 2007, yang dikatakan membabitkan kira-kira RM1.7 juta wang Permodalan Negeri Selangor Bhd.

Sementara itu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan lima hari bermula 10 Mei untuk mendengar saman RM546 juta terhadap Barisan Nasional (BN) oleh sebuah syarikat pengiklanan kerana menamatkan kontrak papan iklan.

Syarikat Pentas Permata menyaman BN kerana menamatkan kontrak bertarikh 5 Jan, 2006 untuk membekal dan memasang papan pengiklanan BN bagi pilihan raya umum.

Syarikat itu mendakwa mengalami kerugian RM546,552,800 akibat tindakan itu dan memohon amaun pembayaran balik, kos, faedah dan relif lain yang wajar diputuskan mahkamah.

-perakite

No comments:

Followers