Friday, January 1, 2010

Kisah Dr Rosli Allani dan isteri keduanya

Saya akan cari mereka hingga ke lubang cacing: Bapa mentua Dr Rosli

KOTA BHARU: Bapa mentua Dr Rosli Allani Abdul Kadir menganggap bekas ketua penerangan Pemuda Pas Kelantan itu melarikan anaknya dan beliau akan berusaha mencari mereka.

“Saya akan terus mencari mereka hingga ke lubang cacing bagi mengembalikan hak saya sebagai seorang bapa dan ketua keluarga,” kata Mohd Noor Che Man di sini, hari ini.

Semalam, Mohd Noor, 58, dan beberapa rakannya mengepung rumah didiami Rosli, 35, dan anaknya, Nor Ilyani, 30, yang dikatakan mengingkari arahan Mahkamah Syariah supaya tinggal berasingan sementara (mufarakah) selepas kesahihan perkahwinan mereka diragui kerana disyaki dijalankan oleh satu sindiket di Selangor.

Bagaimanapun, pada 9 pagi tadi, Rosli dan Nor Ilyani berjaya melarikan diri dengan sebuah kereta yang sedia menunggu di pintu masuk rumah sewanya di Lorong Masjid Mustaqim, Telipot, dekat sini, walaupun ketika mereka masih dikepung oleh keluarga Mohd Noor.

Pada 21 November lalu, Rosli diperintah oleh Mahkamah Syariah supaya tinggal berasingan dengan Nor Ilyani yang juga adalah isteri keduanya selepas mendapati perkahwinan mereka menimbulkan keraguan.

Mohd Noor berkata, beliau menyerahkan kepada Mahkamah Syariah untuk menentukan tindakan lanjut terhadap anak dan menantunya itu.

Katanya, beliau hanya mengambil tindakan apa yang termampu mengikut bidang kuasa dan tanggungjawab yang ada pada seorang bapa.

“Tindakan lain yang di luar bidang kuasa, saya serahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan lanjut,” katanya. – Bernama

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

Sebenarnya Dr Rosli sudah berkahwin secara sah untuk kali kedua di Selatan Thailand (Pettani) pada hari di mana Dr Rosli membuat pengumuman perletakan jawatannya iaitu pada 22 December 2009.Salinan surat nikah itu dan Semua dokumen berkaitan (kad nikah petani,salinan passport dan Border Pass) perkahwinannya di Pettani telahpun diserahkan kepada Ustaz Mustafa iaitu Peguam Syarie yang telah dilantik oleh Dr Rosli untuk didaftarkan di Mahkamah Syariah Negeri Kelantan. (klik untuk besarkan gambar surat nikah tersebut dibawah)

Jadi tidak timbul Dr Rosli telah melanggar Perintah Mufarokoh (Tinggal Berasingan) yang telah dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah Kota Bharu seperti yang didakwa oleh bapanya di dalam beberapa akhbar pada hari ini,Kerana perintah mufarokoh yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah Kota Bharu itu adalah berdasarkan permohonan pembatalan oleh bapa mertuanya terhadap perkahwinan Pertama (di Selangor) Dr Rosli dan anaknya.

Apapun, penjelasan lanjut dan terperinci tentang pekara ini bolehlah dirujuk kepada Peguam Syarie Dr Rosli Sendiri Ustaz Mustafa atau tuan yang punya badan.Jangan pakai hentam tak tentu pasal.Buat fitnah pada pasangan yang telah berkahwin secara sah di Selatan Thailand.




Pengakuan isteri kedua Dr. Rosli Allani

1 comment:

ummufateh said...

hai malunya.... cubalah elakkan agar sikap kita ni tidak membuatkan orang mencipta fitnah....

Muhasabahlah diri sendiri wahai dua mempelai.... orang lain kawin juga tapi tak sebegini heboh kisahnya. Pokok tak kan bergoyang klu ada angin. Yang perempuan tu... mengapa membelakangkan wali/orang tua? ;l;l;l;;;/ Satu kesilapan besar tu

Followers