Sunday, January 10, 2010

Umno Juara Rakyat Atau...? (Siri 2)


UMNO Juara Rakyat? - Umno tidak memberi kerjasama pada program untuk mencegah maksiat dan gejala keruntuhan akhlak remaja.

Ini dapat dilihat kes penangkapan penguatkuasa JAWI terhadap 100 orang belia di Kelab The Zouk yang sedang melakukan perbuatan durjana dan mabuk. Walaupun ada pandangan yang menyokong tindakan JAWI di kalangan individu yang menjadi pemimpin Pemuda UMNO seperti Ustaz Shamsul Najmi Shamsuddin dari Biro Agama Pemuda UMNO (ketika itu). Malangnya tindakan yang beliau lakukan telah dibelasah oleh Dato' Hishamuddin Hussein dan Khairy Jamaludin Naib Ketua Pemuda UMNO (ketika itu) yang menganggap bahawa ini pandangan peribadi Shamsul Najmi. (Sunday Mail 27hb Feb 2005).

Kes ini di wikipedia (amat memalukan komen2 dari pemimpin UMNO) : http://ms.wikipedia.org/wiki/Serbuan_JAWI_di_Zouk_Club_2005

Dipetik dari : UMNO Khianati Agama & Bangsa terbitan Lajnah Penerangan PAS Pusat

No comments:

Followers