Sunday, January 10, 2010

DS Nizar dibenarkan pulang

IPOH 10 JAN Dato Seri Ir Haji Nizar Jamaluddin yang terlibat dengan kemalangan pada Khamis lalu dan menerima rawatan di wad 8C Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh telah dibenarkan pulang pada jam 12.30 tengahari tadi.

Beliau yang disahkan telah pulih sepenuhnya sempat beramah mesra bersama pesakit-pesakit di wad 8C hospital berkenaan sebelum berangkat pulang dengan diiringi oleh isteri dan beberapa orang pegawai dan penyokongnya.

Selama 4 hari berada disana, Dato Seri Nizar telah dikunjungi oleh segenap lapisan masyarakat yang datang melawat beliau untuk bertanya khabar dan mendoakan kesejahteraan kesihatan beliau. Antaranya termasuklah orang-orang kampung yang datang daripada jauh seperti Cameron Highland dan Grik yang sekadar hanya datang menjenguk serta memberikan buah tangan berupa buah-buahan dan sayuran kepada Menteri Besar yang disayangi semua.

Pemimpin yang berjiwa rakyat memilih untuk dirawat di hospital kerajaan untuk bersama-sama dengan rakyat bawahan walaupun beliau sebenarnya mampu untuk berada di hospital swasta. Ternyata kehadirannya di hospital berkenaan amat disenangi oleh orang ramai dan juga pekerja-pekerja dihospital itu.

Ikuti ucapan terima kasih Dato Seri Nizar kepada semua di facebook beliau.

No comments:

Followers