Monday, November 8, 2010

Zambry perlu mengaku kesilapan bukan pertahan - Pesuruhjaya Pas Perak

Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain menyokong tindakan Dewan Pemuda PAS Negeri Perak kerana telah mengecam  tindakan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang  masih meneruskan amalan perbuatan khurafat dan syirik ketika merasmikan program Projek Infra Bina Upaya (IBU) di Kampung Guar dalam DUN Manong sebelum ini.

Menurut beliau perkara yang diamalkan , Zambry yang didakwa telah meletak ancak ke tiang seri di tapak pembinaan rumah jelas menunjukkan Zambry tidak sensitif terhadap isu umat Islam yang menyentuh berkenaan umat Islam di Perak.

Menurut Pesuruhjaya PAS Perak itu lagi, amalan khurafat ialah perbuatan atau perkara-perkara yang menyalahi hukum syarak yang masih terdapat dalam aktiviti masyarakat. Kepercayaan yang telah kuat bertapak dan berakar umbi dalam masyarakat  itu seolah-olah telah menjadi satu pegangan atau tradisi yang mesti dilakukan dalm majlis-majlis atau perayaan tertentu.
 
Selain itu beliau juga menyatakan, Antara perkara khurafat yang dibuat oleh Zambry ialah meletak ancak ke tiang seri di tapak pembinaan rumah  Syarat dan adat Istiadat yang mesti di buat untuk mendirikan rumah baru seperti mengantungkan buah kelapa muda di tiang seri rumah, menanam tahi besi ,emas , perak , tembaga pada setiap tiang seri rumah dan menepung tawar sebagai upacara memulih rumah tersebut.
 
Beliau juga menyatakan, Acara-acara khurafat tersebut  biasanya akan dilakukan oleh Bomoh, kononnya untuk mengelakkan daripada di ganggu oleh jin dan syaitan dan untuk mendapatkan kesejahteraan dan keselamatan kepada semua penghuni rumah tersebut. Sebenarnya upacara tersebut tidak lebih daripada upacara menjamu jin dan tidak ada kena mengena dengan keselamatan dan kesejahteraan penghuni rumah itu.

Selain itu Pesuruhjaya PAS Perak itu juga mengharapkan agar rakyat Perak  dapat menjauhkan diri dari amalan-amalan khurafat sepertimana yang diamalkan oleh Zambry, atau mana-mana amalan yang boleh menggugat akidah umat Islam. Hal ini kerana perkara berkaitan akidah adalah perkara yang penting dan merupakan perkara teras dalam kehidupan umat Islam, jika akidah tergugat maka seluruh amalan yang lain turut   tidak diterima Allah SWT.

No comments:

Followers