Dewan Pemuda PAS Perak menyerahkan memorandum kepada Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria
IPOH 22 Oktober: Dewan Pemuda PAS Perak dengan diketuai oleh Saudara Zairul Azrun Zainal, Bendahari Dewan telah menyampaikan memorandum kepada Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dipejabat beliau pagi ini.
Memorandum tersebut mendesak agar Mufti Perak menjalankan tanggungjawabnya dengan menegur perbuatan dua pimpinan negara yang dilihat bercanggah dengan ajaran Islam.
Isi kandungan memorandum tersebut adalah seperti berikut:-
Semoga Mufti bertindak dengan bijak dipenghujung usianya dalam memartabatkan agama Islam yang suci daripada dicemarkan oleh orang-orang yang telah lupa diri apabila dilambung kepuncak oleh para pengikut yang sekian lama masih bernaung didalam kejahilan.
MEMORANDUM MENDESAK TEGURAN TERHADAP DATIN PADUKA SERI ROSMAH MANSOR, ISTERI PERDANA MENTERI
MALAYSIA YANG DIDAPATI MENGHINA NABI MUHAMMAD S.A.W DAN DATUK SERI DR ZAMBRY ABDUL KADIR, MENTERI BESAR NEGERI PERAK YANG MASIH MENERUSKAN AMALAN KHURAFAT DI DALAM UPACARA MELETAKKAN ANCAK KE TIANG SERI RUMAH
Perkara di atas adalah dirujuk.
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) ingin menarik perhatian Y.Bhg. Tan Sri terhadap dua tokoh besar di dalam negara dan negeri ini yang dilihat bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar. Kami amat kesal kerana Y.Bhg. Tan Sri tidak begitu prihatin untuk memberikan pendapat dan penjelasan sehingga menyebabkan rakyat atau umat Islam keliru terhadap kedua-dua perbuatan dan isu tersebut.
Bagi kes isteri pimpinan utama negara, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Malaysia dan juga sebagai Penaung Festival Busana Muslim atau Islamic Fashion Festival telah menganjurkan Festival Busana Muslim pada 10 Ogos 2010 di Monaco Sporting Club, Monte Carlo. Majlis tersebut secara jelas telah menghina syariat Islam dan Rasulullah s.a.w apabila pakaian yang diperagakan itu bukan pakaian menurut syariat Islam ditambah dengan tulisan "Muhammad" dalam bahasa Arab secara terbalik diguna dan dipakai di dada salah seorang peraga fesyen yang tidak
menutup aurat.
Manakala, dalam kes orang nombor satu negeri Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Besar Negeri Perak dalam program Projek Infra Bina Upaya (IBU) pada 17 Oktober 2010 di Kampung Guar, Manong. Pada majlis tersebut, telah diadakan upacara meletakkan ancak ke tiang seri rumah yang dahulunya merupakan amalan khurafat serta bertentangan dengan aqidah Islam.
Justeru, DPPN Pk ingin menarik perhatian serius Y.Bhg. Tan Sri dalam dua perkara tersebut untuk bertindak atas sifat ilmu dan kedudukan mulia Y.Bhg. Tan Sri agar dapat memperjelaskan kepada rakyat dan umat Islam akan kekeliruan tersebut.

Pihak kami meminta sama ada Y. Bhg. Tan Sri mengeluarkan satu ketetapan atau fatwa yang jelas supaya umat Islam negara ini tidak terus terkeliru.
- Dewan Pemuda PAS Perak
Diharapkan semoga Tan Sri Harussani selaku Mufti yang bertanggungjawab terhadap ajaran agama Islam dinegeri dan negara ini bertindak dengan sewajarnya tanpa mengira kedudukan politik dan juga jawatan pihak-pihak yang terbabit.
Ketegasan Tan Sri Mufti didalam hal-hal yang melibatkan maruah agama Islam adalah amat-amat diharapkan oleh sekalian umat Islam dinegara ini.
1 comment:
Bila chief PAS di perak hadir dalam majlis dengan pakaian hitam dan pegang lilin tak dak pulak bahlol-bahlol Pemuda PAS komen. Halal semua pada PAS walharam semua UMNO.
Post a Comment