Friday, June 17, 2011

Utusan Malaysia biadap siarkan kartun menghina Islam - Pesuruhjaya Pas Perak

IPOH, 17 Jun: Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain hari ini mengecam karikatur terbaru yang diterbitkan oleh Utusan Malaysia berjudul "Kekeliruan Kes Rogol" pada 15 Jun lalu yang disifatkan menghina syariat Islam.

Beliau kesal atas karikatur sebegitu yang dianggap langsung tidak bertanggungjawab dan menidakkan sensitiviti masyarakat beragama Islam di Malaysia. Karikatur itu yang disiarkan pada muka surat 15 Utusan Malaysia, menyaksikan dua situasi berbeza yang terpaksa dialami oleh mangsa rogol.

Dalam situasi pertama, mangsa rogol telah mengemukakan aduan kepada jabatan agama, namun ditolak kerana menurut karikatur itu mangsa memerlukan empat orang saksi sedangkan mangsa hanya mempunyai rakaman video. Sementara itu dalam situasi kedua, mangsa telah membuat laporan polis dan pegawai yang menguruskan kes itu berkata rakaman video boleh dijadikan bukti.

Penyiaran karikatur itu yang menggambarkan mangsa rogol membuat laporan kepada 2 pihak berkuasa berbeza jelas mempersendakan golongan ulama dan Islam.

Beliau berkata, "Kartun sebegini jelas mempunyai niat jahat untuk memperlekeh pandangan alim ulama dan memberikan tanggapan negatif kepada Islam. Unsur-unsur sebeginilah yang membawa kepada perpecahan umat. Bertentangan dengan objektif media itu sendiri sebagai alat perpaduan."

Ujar beliau lagi, "Pihak Utusan Malaysia seharusnya jelas dalam membicarakan soal ini. Zina dan rogol, adalah dua perbuatan yang mempunyai definisi berbeza. Justeru, mempunyai pemberat serta pertimbangan berbeza dalam soal hukum. Karikatur sebegini boleh mencetuskan salah faham kepada Islam malah mempersenda aspek sistem keadilan di dalam Islam."

Dalam pada itu, beliau meluahkan kekesalan terhadap sikap PERKASA dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang dilihat seolah-olah membela Utusan Malaysia dengan mendakwa ia hanyalah sindiran terhadap golongan yang tidak memahami undang-undang Islam dan masalah persepsi individu.

Tindakan Utusan Malaysia ini turut dikecam oleh Persatuan Ulama Malaysia dan Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan. Selain itu, Mursyidul Am PAS Datuk Bentara Setia Nik Abdul Nik Mat pula menyifatkan Utusan Malaysia sebagai "Denmark Malaysia" kerana menyiarkan karikatur yang menghina syariat Islam.

Sehubungan dengan itu, PAS Perak menggesa pihak Utusan Malaysia menarik balik siaran karikatur ini dan memohon maaf kepada seluruh umat Islam di Malaysia atas kebiadapannya mempersendakan perundangan Islam.

4 comments:

PKR (PUNTUNG KAKI ROKOK) said...

Wahai Ajijoi,

Gelagat PAS berkaitan dengan Islam sudah lama diketahui.

Kalau nak dibandingkan dengan kartun Zunar juga boleh dikategorikan menghina Islam.

Karikatur dalam Utusan Malaysia kononnya dikatakan menghina Islam sedangkan ia berdasarkan kepada ucapan Hadi di Muktamar PAS baru lalu.

PAS sebenarnya berasa sangat malu dan takut dengan karikatur tersebut dan dengan itu ia dikatakan menghina Islam sedangkan PAS YANG TERASA TERHINA.

Sebabnya ialah PAS itu Islam dan Islam itu PAS.

Sebenarnya karikatur itu mengkritik PAS dan PAS yang terasa malu dan terkejut mengatakan bahawa karikatur itu menghina Islam.

Tujuannya tidak lain dan tiodak bukan ialah untuk MENGALIHKAN ISU yang disentuh oleh Hadi dalam Muktamar PAS.

Sudah banyak diperkatakan bahawa PAS sudah mengubah dasarnya daripada HUKUM HUDUD dan NEGARA ISLAM kini menjadi NEGARA BERKEBAJIKAN.

Inilah yang menyebabkan orang sudah banyak ketawa dengan MAHARAJA LAWAK PAS yang telah banyak menipu rakyat Malaysia termasuk ahli PAS pada peringkat akar umbi.

PAS sudah banyak berdalih sejak penubuhannya lagi.

Ketawalah terbahak-bahak.

Sekian.

PKR (PUNTUNG KAKI ROKOK) said...

Wahai Ajijoi,

PAS menjadikan Islam sebagai sebahagian daripada nama parti.

Dan seterusnya Islam manjadikan Islam sebagai dasarnya.

Begitu juga dengan kepimpinan ulama untuk meguatkan dasarnya itu.

Ada keraguan di sini.

PAS itu Islam dan Islam itu PAS sejak dulu lagi.

Keraguannya ialah apabila sesuatu isu dikritik hebat berkaitan dengan PAS, maka mereka yang mengkritik itu akan dituduh menghina dan mengkritik Islam.

Dalam hal ini PAS akan bermati-matian membuat sesuatu untuk mematikan langkah pengkritik yang kononnya mengkritik Islam.

Oleh itu, Islam dijadikan penampan kepada PAS untuk mengelakkan PAS itu sendiri dimalukan dan dikritik kononnya PAS tidak bersalah dan tiada kelemahan.

Di sinilah letaknya Islam digunakan untuk kepentingan politik oleh PAS untuk menampakkan PAS adalah SEBUAH PARTI ISLAM YANG TIDAK BOLEH ADA KELEMAHAN DAN KECACATAN DI MATA PENGUNDI UNTUK MENDAPATKAN KUASA POLITIK.

Ingatkah Ajijoi berkaitan isu hukum hudud dan negara Islam yang dikritik oleh si Karpal Singh dengan mengatakan langkah mayat aku dulu sebelum menubuhkan negara Islam.

Tetapi sebelum negara Islam ditubuhkan, PAS mengambil keputusan tidak akan melangkah mayat Karpal Singh.

Maklumlah akibat sudah berkawan dengan DAP dan PKR, hasrat kawan perlu juga dipenuhi kalau tidak BERKUBURLAH PR.

Orang Melayu termasuklah ahli PAS sudah lama ditipu namun orang Melayu yang menyokong PAS sanggup ditipu walaupun seribu tahun.

Kalau dilihat dari segi PAS yang berkawan dengan DAP dan PKR dihalalkan kononnya atas dasar tahaluf siyasi tapi berlainan pula jadinya jika UMNO berkerjasama dengan MCA dan MIC dituduh UMNO.

Dengan perkataan tahaluf siyasi sahaja menghalalkan perbuatan PAS.

Tukar sahaja istilah Bahasa Arab menunjukkan PAS itu Islam.

Kononnya UMNO tidak tahu perkataan itu semasa menjalinkan kerjasama denga MCA dan MIC lama dulu.

Dengan tiadanya perkataan tahaluf siyasi pada masa itu, UMNO dituduh KAFIR.

Isu ini boleh diterjemahkan dengan karikatur Utusan Malaysia yang dikritik hebat oleh MAHARAJA LAWAK PAS.

Contohnya, beberapa isu menghina Islam oleh DAP didiamkan semata-mata nak jaga kawannya dalam PR seperti yang berlaku sejak akhir-akhir ini.

Begitu dengan isu moral pemimpin PR juga dibersihkan oleh PAS.

Patutlah PAS FOR ALL maksudnya semua boleh tidak kira DEPAN BELAKANG ATAS BAWAH.

Persoalannya ialah apakah sebenarnya PAS ini sejak 60 tahun lalu.

Sekian.

PKR (PUNTUNG KAKI ROKOK) said...

Wahai Ajijoi,

Ada 25 Perkara yang Perlu Diketahui Sebelum Hadi Awang Menjadi PM...!!!!




1. PECAT DAN TUKAR PEGAWAI: Menteri Besar Haji Hadi Awang sebaik dilantik menjadi Menteri Besar pada 1 Disember 1999 berjanji tidak akan balas dendam kepada penyokong Umno, tetapi beberapa hari selepas itu pegawai dan kakitangan kerajaan negeri yang menyokong Umno ditukar dan dipecat.

2. TUDUH BERLORI-LORI FAIL PENYELEWENGAN TANPA BUKTI: Haji Hadi membuat ketika berucap di perhimpunan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah selepas menang berkata, terdapat berlori-lori fail penyelewengan Kerajaan BN Terengganu yang lalu, tetapi sampai sekarang satu pun tidak dapat dibuktikan.

3. JANJI NAK BUAT KHARAJ: Pada 4 Disember Haji Hadi umum di Masjid Pulau Rusa bahawa akan mengadakan Kharaj (cukai untuk bukan Islam) tetapi sampai sekarang tidak dilaksanakan.

4. BERBOHONG JUMPA MINYAK DI DARATAN: Pada 25 Oktober 1999 Haji Hadi selepas mempengerusikan mesyuarat Exco mengumumkan bahawa telaga minyak ditemui di daratan Terengganu (Warta DarulIman 13-22 Disember 2000) dan akan jalankan carigali sendiri, tetapi pada persidangan Dewan Undangan Negeri Haji Hadi berkata pada Disember 2000 berkata “Cuma ada tanda awal yang mungkin ada.”

5. WANG EHSAN HARAM: Haji Hadi berkata di Gemuroh pada 20 Januari 2001 wang ehsan adalah haram, tetapi selepas itu berkata halal pula setelah Kerajaan Pas Terengganu turut mendapat wang berkenaan. Pada 4 Februari 2002 Haji Hadi meminta semua agensi negeri yang menerima wang ehsan agar mengambilnya.

6. BENAR TERNAK KHINZIR: Pada 15 Disember 1999 Haji Hadi menarik balik larangan menternak babi oleh Kerajaan BN sebelum ini dengan motif mendapat sokongan bukan Islam, sedangkan sebelum ini beliau menentang sebarang bentuk tolak-ansur dan pakatan dengan bukan Islam/Melayu.

7. LULUS 8 LESEN ARAK: Dulu tuduh Kerajaan BN tidak Islam kerana benarkan jual arak, tiba-tiba bila memerintah Kerajaan pada tahun 2000 Pas Terengganu meluluskan 8 lesen penjualan arak di Terengganu dengan alasan Islam tidak menghalang berbuat demikian.

8. HADI BERPELUK-CIUM DENGAN LIM KIT SIANG:Dulu pemimpin Pas kata tidak boleh berpakat dengan bukan Islam kerana jadi kafir jika berbuat demikian, tiba-tiba Pas bukan sahaja berpakat dengan DAP tetapi Haji Hadi berpeluk-cium dengan pemimpin DAP, Lim Kit Siang.

9. BUKA DAN TUTUP LOMBONG EMAS LUBUK MANDI:Dulu tuduh kerajaan BN zalim kepada rakyat kerana tutup lombong emas di Lubuk Mandi lalu dibuka semula kononnya untuk bela rakyat, tetapi sekarang ini ditutup kembali kerana tiada sambutan dan tidak menguntungkan.

10. TARIK BALIK PERUNTUKAN ADUN BN: Dulu pada tahun 2000 peruntukan RM100,000 diberikan kepada empat wakil rakyat BN kononnya Kerajaan Pas adil, tetapi mulai 2001 dihentikan.

PKR (PUNTUNG KAKI ROKOK) said...

Samb.

11. GUNA KERETA MEWAH: Dulu tuduh pemimpin Kerajaan Umno guna kereta mewah tetapi pada 5 Februari 2001 Haji Hadi ketika beucap di Kompleks Seri Iman mempertahankan Exco Kerajaan Pas menggunakan kereta mewah (Mercedes) dengan alasan untuk lebih laju, selesa, elak kerosakan dan cepat sampai.

12. TIPU SULTAN MENGENAI PENERBANGAN Haji Hadi sewaktu berucap di hadapan Tuanku Al-Sultan berbohong dengan mengatakan kekerapan kapalterbang di Terengganu ialah 11 penerbangan sehari sedangkan perkara itu tidak benar sama sekali.

13. TAK BACA FATIHAH: Exco Pas Abu Bakar Chik tidak baca al-Fatihah semasa mengimamkan solat Jumaat dipertahankan oleh Ketua Dewan Ulamak Pas, Harun Taib dengan mengatakan baca perlahan, tetapi mengapa pula Abu Bakar sujud sahwi?

14. WARTAWAN DITUDUH KERA: Pada Februari 2002 sewaktu berucap di Dungun, Haji Hadi melebelkan wartawan sebagai golongan yang lebih hina dari kera atau tupai dan apabila Kelab Wartawan Terengganu (KAWAT) membuat bantahan Haji Hadi berdalih bahawa dia tidak tuduh wartawan di Kuala Terengganu tapi Ketua-ketua Pengarang di Kuala Lumpur. Pada Ogos 2002 Haji Hadi berjumpa dan memuji pula Ketua-Ketua Pengarang di Kuala Lumpur.

15. DAPAT MASUK KUSZA TANPA SPM: Dapat masuk Kusza tanpa memiliki sijil SPM, terdiri dari pelajar sekolah Pas di Kubang Lembik, milik Dato’ Harun Taib dan Rusila milik Haji Hadi sendiri; sedangkan syarat yang ditetapkan oleh KUSZA, pelajar mestilah lulus SPM.

16. BAHASA INGGERIS DITENTANG: Haji Hadi berkata Pas menentang pengajaran matematik dan sains Bahasa Inggeris tetapi peliknya ikut serta melaksanakan pengajaran itu di peringkat sekolah agama negeri Terengganu.

17. SAR DIBELA TAPI HANTAR ANAK KE SEKOLAH KERAJAAN: Mengecam sekolah kebangsaan dan menghasut rakyat berkaitan isu penarikan bantuan kepada SAR tetapi anak pemimpin Pas belajar di Sekolah Kebangsaan dan institusi pendidikan milik Kerajaan.

18. PUSAT HIBURAN DAN UNISEX SALON: Unisex saloon dan pusat hiburan dikatakan sudah dihapuskan di Terengganu tetapi sebaliknya berada di mana-mana di Bandar Kuala Terengganu

19. HADI TAK DAPAT MASUK KE CHINA:Haji Hadi tidak dapat masuk ke negara China, Warta Darul Iman melaporkan Haji Hadi selamat tiba mengetuai rombongan pelaburan ke China.

20. HISBAH TAK BERFUNGSI: Suruhanjaya Hisbah yang diwujudkan oleh Kerajaan Pas Terengganu tidak menjalankan peranannya membanteras penyelewengan, sedangkan skim gaji Pesuruhjaya sama dengan Setiausaha Kerajaan Negeri.

21. EXCO AMBIL ELAUN DALAM SYARIKAT KERAJAAN: Haji Hadi berkata, Exco yang menduduki anak syarikat Kerajaan tidak ambil elaun dan buat sementara sahaja, tetapi bohong, tahun 2001 Wan Mutalib dibayar elaun RM42,408 dalam Epic (syarikat milik Kerajaan Negeri).

22. ANAK EXCO PUN DAPAT WANG ZAKAT: Wang Zakat dipergunakan sesuka hati oleh Pas termasuk dibelanjakan untuk bayar elaun kader Pas antara RM600 dan RM800 sebulan dan wang zakati itu juga diberikan bantuan kepada sekolah-sekolah milik parti Pas.

23. SYARIKAT KERAJAAN TERUS RUGI: Syarikat Kerajaan Negeri didakwa untung di bawah pentadbiran Pas tetapi sebaliknya banyak yang rugi, Pelangi Air rugi RM208 juta, Ladang Rakyat, Syarikat Percetakan Yayasan Islam dan lain-lain, bahkan ada yang dijual oleh Kerajaan Pas.

24. KRONI PAS CETAK WARTA DARUL IMAN: Akhbar rasmi Kerajaan Pas Warta Darul Iman dicetak oleh kroni Pas, Angkatan Edaran di Shah Alam, tetapi dicatatkan di akhbar berkenaan kononnya dicetak oleh Percetakan Yayasan Islam Terengganu.

25. MAKSIAT BERLELUASA, POLIS DITUDUH: Terbaru awal Mei 2003 Haji Hadi membuat kenyatan bahawa Polis membawa masuk maksiat ke Terengganu. Tetapi apabila dicabar supaya membuktikan, beliau gagal membuktikannya dan membuat alasan hendak menyatakan hanya kepada Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi sendiri. PAPA GOMO

Inilah negara/negeri Islam tajaan MAHARAJA LAWAK PAS.

Sekian.

Followers

Video ajijoi

Loading...