Friday, June 10, 2011

Suatu Rasa 100611 - Servis

Servis. Satu ruang perniagaan dalam negara yang kini berkembang pesat. Servis ataupun perkhidmatan yang jika bijak menggunapakainya pasti membawa keuntungan.

Perkhidmatan adalah satu cara urus tadbir yang begitu diambil berat dinegara luar. Kepuasan pelanggan dengan perkhidmatan yang diberikan adalah keutamaan yang dititik beratkan. Sehinggakan pelanggan dihubungi kemudiannya untuk mengetahui sama ada perkhidmatan yang telah diberikan memuaskan hati ataupun sebaliknya.

Tetapi ini tidak berlaku dinegara kita

Setiap panggilan pelanggan untuk mendapatkan perkhidmatan yang telah dijanjikan mahupun yang telah dibayar, dianggap gangguan. Acuh tak acuh menyelesaikan masalah. Perkhidmatan yang diberi juga umpama melepaskan batuk ditangga.

Kita ambil MBI sebagai contoh. Longkang dihadapan rumah telah dipenuhi dengan pasir, sampah dan sentiasa tersekat laluan airnya. Dibuat aduan melalui telefon dan internet. Bukan sekali tetapi berkali. Tetapi akhirnya kita yang terpaksa membersihkan longkang dihadapan rumah kita sendiri. Apakah perkhidmatan yang diberikan? Hanyalah mengambil laporan yang dibuat tetapi bukan menyelesaikannya.

Yang lebih dipentingkan adalah bayaran cukai taksiran. Bergantungan banting-banting serata tempat mengingatkan warga kota untuk menyelesaikan bayaran cukai taksiran.

Wang ringgit untuk cukai adalah lebih utama daripada perkhidmatan yang diberikan. Inilah amalan dinegara kita. Rakyat menjadi hamba menagih satu kehidupan yang harmoni dinegara sendiri tetapi semuanya memerlukan wang. Membayar perkhidmatan tidak semestinya menjanjikan mendapat perkhidmatan.

Sampai bila? Perkhidmatan yang tiada tulus didalamnya, bisakah memacu kearah negara maju?

No comments:

Followers