Wednesday, June 8, 2011

Suatu Rasa 080611 - Diari

'Dear Diary...', begitulah setiap permulaan kata orang yang menulis diari. Segala rasa hati diluahkan kedada diari yang dianggap sebagai paling memahami sehingga dipanggil 'dear' ataupun yang tersayang.

Segala isi hati samada yang tersirat mahupun yang tersurat akan dicurahkan disitu. Biarpun suka, duka mahupun sedih dan kecewa, waima rasa yang paling rahsia pun akan tercatat disitu.

Begitu juga dengan blog ini. Yang pada asalnya umpama sebuah diari elektronik yang bukan hanya mencatit luahan rasa tetapi juga berupaya menghiasi penceritaan dengan tampalan gambar dan video. Lebih menarik kandungannya daripada buku diari biasa.

Perbezaan antara buku diari dan blog adalah kerahsiaannya. Rahsia isi kandungan buku diari tersimpan rapi tanpa pengetahuan sesiapa pun jua akan luahan hati sipenulis. Manakala bagi blog pula, isi kandungannya akan sentiasa disinggah peneroka alam maya untuk membacanya. Tiada yang rahsia disitu.

Ramai penulis blog yang telah dikenali akan kerana tulisannya. Tulisan blog adalah luahan kata-kata hati dan akal yang ingin dikongsikan dengan sesiapa sahaja yang rela singgah. Bagaimana cara dan corak penulisan diblog, begitulah akhlak dan karektor sipenulis. Kata-katanya tetap kata-katanya seumpama berbual biasa. Cuma tidak berdepan dan tanpa suara. Apa yang terlintas difikiran, itulah yang ditulis. Dan itulah juga perwatakan sipenulis diluar blog.

Blog ajijoi ini bukanlah blog Pas cawangan mahupun kawasan. Cuma ianya merupakan infak sebagai tanda sumbangan yang amat kecil saya buat Pas.

Kini, masa untuk mengisi blog amat terbatas. Semenjak kehadiran insan terbaru didalam keluarga, waktu untuk menghadap laptop amat terhad. Dalam seminggu, boleh dibilang berapa kali laptop itu dikuak. Nasib baik teknologi iphone membantu tika mana perlu mengupdate blog.

Dan teknologi itu akan saya pergunakan untuk mengisi ruang blog dengan serba sedikit coretan hati dan akal yang terkadang menerjah singgah.

Coretan hati ini akan diisi lagi dengan ruangan yang saya beri nama 'Suatu Rasa'.

Sent from my iPhone

3 comments:

KE said...

anak bukan penghalang untuk berjuang..

Na'im Nikmat said...

Memang anak bukan penghalang untuk berjuang tapi anak juga perlu dididik untuk jadi pejuang...

Ajijoi said...

Perjuangan punya pelbagai rupa. Lebih luas jika dibuka minda, bukan hanya mata.

Tidak beradaan bukan bermakna tidak bersamaan.

Tanggungjawab kepada keluarga, apatah lagi sebagai nakhoda bahtera, pastinya punya makna dalam kitab Fiqh al-Aulawiyat.

Followers