Friday, June 17, 2011

Lagi Best! Memang best

Kenderaan Myvi berwajah baru keluaran Perodua yang diberi jolokan Lagi Best! telahpun dilancarkan pada 16 June 2011 dan kini berada di setiap bilik pameran untuk tontonan awam.

Terdapat tiga variasi yang diperkenalkan. Standard, Premium dan Elegance. Dibilik pameran, terdapat ketiga-tiga variasi tersebut yang diklasifikasikan mengikut warna. Warna putih untuk Standard, Silver untuk Premium dan Hitam bagi Elegance. Juga terdapat warna Ungu yang canggih (hanya mula dipasarkan pada bulan August nanti).

Variasi Standard dijual dengan harga dari RM43,900, Premium RM50,000 dan Elegance RM57,400.

Myvi Premium

Ciri baru yang diperkenalkan kepada Myvi kali ini adalah dashboardnya yang diubah rekabentuk dan kedudukan laras gear automatiknya kini menyerupai Perodua Alza.

Kesemua variasi kini mempunyai airbag untuk pemandu dan juga penumpang. Kemasan dalamannya juga menampakkan keluasan yang bertambah daripada versi Myvi yang lama.

Wajah Myvi baru ini dicantikkan lagi dibahagian hadapan dan belakang dengan bentuk yang lebih aerodinamik. Walaupun sekali pandang seperti tiada apa yang berubah, tetapi apabila diamati dengan lebih dekat, ternyata ianya lebih menarik dan cantik.

Lampu hadapan diubah bentuknya dan digantikan dengan lampu projektor. Grill hadapan juga direka serupa dengan Alza.

Bahagian belakang pula kini berubah pada lampunya, bumper dan juga cermin yang berbentuk aerodinamik.

Ruang belakang juga dikemaskini untuk menampung keluasan tempat menyimpan barang. Tempat duduk belakang boleh laras untuk memberikan lebih ruang.

Enjin 1.3L DVVT, DOHC dan EFI yang masih sama tetapi berupaya menjimatkan lebih minyak dengan bentuk aerodinamik yang baru.

Myvi Elegance

Myvi Elegance diperkenalkan sebagai Myvi yang lengkap dengan ciri-ciri gaya terkini. Special Edition yang tersendiri. Siap skirting hadapan, tepi dan belakang. Spoiler juga tersedia.

Kerusinya berlapik kulit. Dilengkapi dengan sistem multimedia 6" sesentuh untuk USB, SD memory kad, DVD, Bluetooth, MP3/WMA, GPS dan radio.

Memang bergaya, berkualiti dan ada kelas tersendiri.

Singgahlah dimana-mana pusat jualan Perodua untuk menatap sendiri kehebatan Myvi baru yang dikatakan Lagi Best! ini. Ataupun boleh menghubungi rakan saya untuk menempah Myvi baru anda.

Ahmad Fairouz - DMM Sales (019-5644104) atau Mohd Shahir - Duga Saga (017-5662163)

2 comments:

Duga Saga Sdn Bhd said...

Terima Kasih kerana mempromosikan kereta Myvi Baru ni...
Duga Saga Sdn Bhd menghargai usaha anda - Azizul Nizam..

Tasha said...

saya telah mengopy dan mengepaste entry anda ini sebab tertarik dengan entry anda...... lagi best wo o ow... lagi best!!

Followers