ESOK Tok Guruku Nik Abdul Aziz Nik Mat bersama rombongan akan berlepas ke Uzbekistan jam 11:00 di Lapangan Terbangan KLIA Kuala Lumpur. Beliau dan rombongan akan berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Pengkalan Chepa jam 6:30 pagi.
Lawatan beliau ke negeri bekas jajahan Russia itu dalam rangka menziarahi makam Imam Bukhari dan Imam Termizi yang terletak di negara berkenaan. Imam Bukhari dan Imam Termizi adalah antara perawi hadith yang terkenal dan tergolong dalam hadith-hadith sahih.
Beberapa orang wakil rakyat mengikuti rombongan berkenaan antara mereka ialah Adun Limbongan, Drs Zainudin Awah Hamat, Adun Meranti Nasaruddin Daud yang juga Speaker Dun Kelantan, Adun Kemumin Mohd Amar Nik Abdullah yang juga Exco kerajaan Kelantan dan Adun Lanas, Abdullah Yaacob.
Rombongan Tok Guru dijangka akan berada di Uzbekistan selama dua hari sebelum berlepas ke Dubai untuk menujuk ke Madinah. Selepas mengerjakan umrah rombongan dijangka akan pulang pada 10 Julai sehari selepas himpunan Bersih. Ini bermakna Tok Guru Nik Aziz tidak akan menyertai himpunan Bersih.
Kepada Tok Guru dan rombongan diucapkan selamat berangkatan dan selamat pulang dan jangan lupakan sampai salam hamba kepada kedua imam besar itu dan juga Muhamamd Rasulullah. [ttdi.kl. 2:00 pm 27/06/11]
- dipetik dari blog MSO
No comments:
Post a Comment