Wednesday, June 29, 2011

PRU13: PAS Perak yakin Perak kembali kepada Pakatan Rakyat

IPOH, 29 Jun : Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain menyifatkan Pilihanraya Umum 13 bakal memberi cabaran besar kepada Barisan Nasional di perak Darul Ridzuan. Ini kerana, PRU 13 bakal menjadi medan dimana rakyat Perak akan menilai prestasi Barisan Nasional yang telah merampas Perak daripada Pakatan Rakyat dengan cara yang tidak sah.

Beliau turut menegaskan bahawa kegagalan BN untuk mempertahankan tampuk kekuasaan pada PRU 13 akan menjadi bukti bahawa rakyat tidak merestui perbuatan mereka merampas Perak daripada Pakatan Rakyat. Tambahan beliau, walaupun PR dilihat sebagai menang tipis pada PRU 12, namun ianya adalah satu kemenangan yang sah daripada rakyat. 

Mengulas tentang kepimpinan BN di Perak, Dato' Dr Zambry Abd Kadir dilihat sedikit goyah dan banyak dibayangi dengan aura oleh Dato' Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin yang lebih disenangi oleh rakyat Perak berbilang kaum. Ini bukti yang jelas bahawa rakyat Perak tahu menilai siapa pemimpin yang lebih telus dan berjiwa rakyat. 

Memetik ucapan beliau, " PAS bersama Pakatan Rakyat tidak pernah gentar untuk menggempur Barisan Nasional pada pilihanraya umum yang akan datang kerana kami percaya dengan mandat yang diberikan oleh rakyat di samping usaha gigih semua ahli."

Sehubungan dengan itu, Pesuruhjaya PAS Perak itu menggesa semua ahli PAS agar meningkatkan lagi hubungan dengan Allah SWT dan terus berkhidmat pada masyarakat agar Allah SWT berkenan untuk memberikan kemenangan pada pakatan Rakyat menjelang PRU 13.

ustazabubakar.wordpress.com

2 comments:

Putra IJ80 said...

Sokongan rakyat Perak tidak banyak berubah,

Tapi faktor kehadiran Pengundi dari kalangan Pendatang yg.di beri Maykad,begitu juga dgn imbuhan di beri disaat akir Pengundian,akan mempengaruhi keputusan .

Kita ambil contoh di Sarawak.

Bagaimana sambutan rakyat yg.Jelas maukan Perubahan dan menolak kepimpinan Negeri yg.Korup.

Tapi apa yg.terjadi,

BN tetap Menang.

So..keyakinan perlu bersandarkan pada keupayaan kita menagani masaalah itu.

Cakap di atas pentas bukan jaminan Mutlak.

PKR (PERAMPAS KUASA RAKYAT) said...

Wahai Ajijoi,

Kenyataan Pesuruhjaya PAS Negeri bahawa PAS yakin Perak akan kembali dikuasai oleh PR (tak berdaftar) adalah sesuatu yang LAWAK.

Sudah terang lagi bersuluh tiada apa yang baik dalam 11 bulan memerintah melainkan asyik berpolitik dan berangan dalam memerintah.

Sejak BN mengambil alih negeri Perak, PAS dan PR (tak berdaftar) pula yang menjadi SYAITAN BISING.

Malah kerana nafsu marah dan takut PAS dan PR (tak berdaftar) hinggakan negeri sendiri hendak DIKARTUNKAN dan ingin menjadi KERAJAAN PASIR DUA BUTIR dengan mengadakan PERSIDANGAN BAWAH POKOK yang cukup mengharukan.

Apa yang PR (tak berdaftar) lakukan semasa memerintah negeri Perak melainkan memenuhkan poket.

Sebelum memerintah negeri Perak, pemimpin PAS memang miskin. Selepas memerintah 11 bulan, ada ahli PAS yang penuh poket.

Apabila kejatuhan PR (tak berdaftar) di Perak, ada pemimpin PAS yang belum sempat hendak kaya dan yang telah dapat kekayaan, telah menuduh BN MERAMPAS KUASA.

Itulah sebabnya mereka ingin kembali memerintah.

Untuk apa menjadi pemerintah kalau perhimpunan BERSIH yang akan diadakan pada 9 Julai ini.

Usahlah bertanding kalau pilihanraya ini tidak bersih.

PR (tak berdaftar) pun memang comot hendak membersihkan orang lain.

Tengoklah PKR.

Bukankah malu namanya.

Sekian.

Followers