Majlis Meraikan Pengantin Baru - Tahlil, Doa Selamat dan Ucapan Pengumuman
IPOH (12.5.11): Segala persiapan telah siap diatur, kini tibalah masa yang dinantikan. Tetamu yang dijemput mula sampai bertali arus. Agak lucu juga apabila kebanyakan yang hadir tidak tahu tujuan sebenar majlis ini diadakan. Yang sangkakan majlis untuk perkahwinan anak Ustaz Bakar pun ada juga.
Majlis yang disusun bermula dengan solat Maghrib, diikuti dengan tahlil, doa selamat, ucapan pengumuman dan juga jamuan makan.
Rakan-rakan lama Ustaz Bakar antara hadirin yang diundang
Gembira bertemu rakan-rakan lama
Bertanya khabar serta perkembangan terkini
Haji Omar Abdullah bertindak sebagai pengacara majlis
Memberikan tentatif majlis malam ini
AF Ustaz Rosman mengepalai majlis tahlil
Bacaan tahlil beramai-ramai
Hampir penuh surau malam ini
Bacaan doa selamat
Doa yang panjang, bisa membasahkan mata bagi yang memahami makna
Dato Seri Nizar turut mendoakan Pesuruhjaya
Ucapan oleh AF Tuan Guru Haji Abu Bakar Hussin
Merasa amat terharu terhadap inisiatif AJK Surau Al-Ehsan yang mengadakan majlis kenduri meraikan perkahwinannya
Pengumuman perkahwinan Ustaz Bakar bersama Hajah Nor Ain yang telah bernikah hari Jumaat yang lalu di Masjid Negeri Seremban, Negeri Sembilan
Pengumuman Ustaz Bakar yang mengejutkan ramai hadirin
Usikan pengacara majlis membuatkan Dato Seri Nizar tersenyum manakala pengantin tersipu malu
Ustaz Rosman mengalunkan Qasidah Pernikahan sebagai hadiah buat pasangan pengantin
Dato Seri Nizar diminta untuk menyampaikan kuliah pendek sementara menunggu masuknya waktu solat Isyak
Seperti biasa, kuliah yang mengupas ayat Quran dan dikaitkan dengan situasi semasa
Pokok kuliah malam ini adalah kesedaran untuk kembali kepada landasan ajaran agama Islam sebenar yang semakin dipesongkan dengan isu-isu semasa yang sengaja direka
Pengacara majlis memberikan peluang kepada semua hadirin untuk bersalaman dan mengucapkan selamat kepada Ustaz Bakar
Ramai rakan-rakan lama yang gembira serta memberikan sokongan
Salah seorang Mujahidin yang kembali ke Malaysia semata-mata untuk menghadiri majlis malam ini. Percaya ke?
Beratur panjang untuk berpeluang mengucapkan tahniah
Rakan baik yang punya pengalaman yang sama
Pelukan mengambil berkat
Cikgu Naim
Ustaz Tahir
Pelajar-pelajar Ustaz Bakar yang turut dijemput kemajlis ini
1 comment:
Naim tu bukan peluk ambil berkat beb..tapi duk tanya petua apa utz pakai..ana nak cuba juga...kah3
Post a Comment