Friday, May 20, 2011

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man akan bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS

Usaha sedang dibuat agar Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menerima pencalonan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden Pas pada Muktmar PAS, awal Jun ini.

Meskipun semalam, Naib Presiden PAS itu secara berseloroh berkata: "Saya tunggu surat pencalonan dari Pusat, entah apa pencalonan ke tidak", isyarat ke arah itu semakin jelas.
Lantaran menunggu surat pencalonan daripada Jawatankuasa Pemilihan PAS itu, beliau berkata belum memutuskan sama ada bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS atau sebaliknya.
Sehingga ini, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa mengumumkan mempertahankan jawatannya di samping AJK PAS Pusat, Mohamad Sabu menawarkan diri.
Turut dicalonkan untuk jawatan itu ialah Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, Datuk Husam Musa dan Salahuddin Ayub. Namun Husam dijangka lebih cenderung bertanding jawatan lebih rendah, manakala Salahuddin telah menyatakan pendirian untuk hanya bertanding mengekalkan jawatan Naib Presiden yang disandangnya kini.
Pengumuman awal kesediaan Ketua Penerangan PAS Pusat Ustaz Idris Ahmad untuk bertanding jawatan Naib Presiden adalah seakan memperlihatkan bahawa Tuan Ibrahim akan menawarkan diri bagi jawatan nombor dua itu. Ekoran kekosongan yang bakal ditinggalkan Tuan Ibrahim di peringkat Naib Presiden itulah, maka Idris berbuat demikian.
Perlu diingatkan juga bahawa Mohamad Sabu dikatakan telah mendapat pencalonan memberansangkan dan mempunyai potensi mengalahkan Nasharuddin. Lantaran itu Tuan Ibrahim telah "dipujuk" agar bersedia menerima pencalonan agar memberi impak langsung pada pola pengundian dan menjejaskan harapan Mohammad Sabu.
Tuan Ibrahim juga dilihat mempunyai kelebihan berbanding dengan Mohammad Sabu, di samping selaras dengan usaha untuk mengekalkan tampuk penguasaan ulamak dalam hiraki kepimpinan PAS. Oleh kerana itu jugalah penampilan Idris dalam barisan Naib Presiden dilihat menjadi relevan dan memungkinkan Tuan Ibrahim bertanding jawatan kedua tertinggi itu.

No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...