IPOH (12.5.11): Selesai majlis diatas surau, semua jemputan dan hadirin dijamu dengan hidangan istimewa sediaan pihak surau. Nasi Briyani Hyderabad dan Kari Kambing menjamu tumpuan semua.
Empat khemah, balai lintang dan bawah surau penuh sesak. Meriah sungguh majlis malam ini. Ahli Jawatankuasa surau tersenyum puas kerana penat lelah mereka merancang dan mengusahakan kejayaan majlis meraikan perkahwinan Ustaz Bakar malam ini amat berbaloi.
Semua jemputan dan hadirin berpuas hati. Makan pun bertambah nampaknya.

UKP sedang memastikan makanan malam ini 'selamat'.

Pelajar-pelajar Ustaz Bakar dari Intim

Muslimat dibahagian bawah surau sibuk menyiapkan makanan untuk anak-anak

Senyuman manis pengantin yang diraikan, Hajah Nor Ain

Kaut, kak...kaut. Banyak lagi tu


Makan bersila dibalai lintang


Kak Nah mengedarkan 'bunga telur'. Senyum le sikit, Kak Nah ooiii...


Meja dah penuh

Tong ais pun buat meja

Orang muda reti ke makan kambing?


Radzi Zainon, Ust Misbah, Haji Rahim, Asmuni Awi, Dato Seri Nizar, YB Chang Lih Kang dan YB Lee Boon Chye, duduk semeja. Wakil DAP ada mesyuarat penting malam ini, tak dapat hadir

Makan dan berbincang strategik. Tambah lagi Ki...

Ustaz Tanusi, Imam Zul dan Ustaz Jawahir

Yang bersampin, Ustaz Bahrin dan Ustaz Fisol melayan tetamu

YB Chang makan dengan tangan, dah biasa katanya


Wah, ada kek jugak? tanya YB Lee. Sumbangan orang, jawab Ustaz Bakar

Pasangan pengantin digandingkan untuk bergambar. Jenuh menahan usikan muslimat

Cikgu Ali @ AlHusseyn senyumnya lagi lebar dari pengantin. Teringat dulu-dulu ke, teringin lagi sekali?

Gambar yang ramai tak sabar-sabar menatapnya. Terpaksa disumbatkan ke Facebook terlebih dulu untuk tatapan semua

Lebih dari pengantin ni. Kencing manis boleh makan kek ke?

Makan kambing malam Jumaat ni memang tak tidoq, kata Ustaz Fisol. Iye ke?..menung Chor Zulkarnaini

Haji Kassim pun tumpang seronok juga

Haji Haiyi. Takkan bentang budget pada Ustaz kot...?

Ustaz sedang menerangkan tentang amalan-amalan malam Jumaat pada Haris dan Faizul

Jaafar kalau bercakap mesti nak konar ke koperasi, tak percaya...tengok tangan dia tu

AJK makan kemudian sebagai meraikan tetamu dan jemputan. Nasib baik berbaki lagi

Dah habis makan, Imam Zul pun buat-buat mengantuk la pulak. Takkan tidur awal malam Jumaat...

YB Chan Ming Kai baru sampai. Tadi ada perjumpaan, katanya

Selesai makan, Ustaz Misbah buka ruangan forum

Haji Omar meraikan YB Chan untuk menjamu selera

Haji Isahak membantu menyusun kerusi dan mengemas

Pasangan pengantin pulang setelah selesai majlis. Ada yang gatal mulut bertanya, balik mana, ustaz?
*Mohon ampun dan maaf jika terdapat gurauan pada gambar-gambar yang hanya bertujuan untuk mengusik dan berjenaka.
1 comment:
slam joi..
ana mntk izin nak cilok gmbor ust bakar kawin.. x patut x jemput pun yerk... ok x pe terasa nasi beriani dan kambing tu.. tp ana ni cilok dulu baru bgtau.. ok kot..
Post a Comment