Sunday, May 8, 2011

Hamidah cuba sabotaj Sekolah Agama Rakyat?



Hamidah Osman, Adun Sg Rapat sekali lagi menjadikan Surau Al-Falah, Taman Song Choon, Ipoh sebagai mangsanya.

Kali ini, projek pembinaan sekolah agama rakyat yang diusahakan oleh ahli jawatankuasa surau serta kariah setempat cuba digangu gugat oleh Hamidah. Sebagai wakil rakyat yang beragama Islam didalam dun tersebut, membantu dan mengusahakan sebanyak mungkin sekolah-sekolah agama rakyat menjadi tugas dan tanggungjawab utama, bukannya cuba menggagalkan atau mensabotaj usaha orang lain untuk memartabatkan pendidikan Islam kepada generasi muda.

Segala tindak tanduk Hamidah yang mendatangi kontraktor pembinaan sekolah agama rakyat tersebut dengan pelbagai soalan dan tohmahan yang diluahkannya, didedahkan sendiri oleh pengerusi Surau Al-Falah sepertimana paparan video diatas.

Dengan kuasa yang ada padanya, pelbagai agensi kerajaan ditunggang demi mencapai hasratnya untuk menyekat tertegaknya pendidikan Islam didalam dun Sg Rapat ini.

Sebenarnya sekolah agama rakyat di Taman Song Choon ini telahpun berjalan selama lebih 13 tahun dengan menggunakan bangunan bawah surau sebagai tempat pengajian mereka. Adalah menjadi impian mereka untuk memiliki bangunan sendiri demi keselesaan serta kebaikan pelajar-pelajar disitu.

Semoga diberikan kesedaran kepada Hamidah untuk membantu, bukannya mensabotaj usaha murni mendirikan sebuah sekolah agama rakyat didalam dun Sg Rapat ini.


Sekolah agama rakyat yang masih didalam pembinaan ini masih memerlukan bantuan kewangan untuk menyiapkan sepenuhnya projek menuju akhirat ini.

Kepada yang ingin menyumbang bagi pembinaan sekolah tersebut, sila hubingi Imam Khalid di 012-5895095 untuk maklumat lanjut ataupun bank-in ke akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) No. 08013010072143.

Sumber dipetik daripada : alhusseyn

No comments:

Followers