Thursday, May 12, 2011

Ada 'Kontraktor Besar' yang menguasai Majlis Bandaraya Ipoh?

Isu kontraktor menjual kontrak merupakan isu lama yang berpanjangan tanpa penghujungnya. Sudah lali kepada umum.

Apabila kontrak yang diperolehi mula berkurangan, maka terdengar suara meminta diagihkan 30% kepada kontraktor bumiputera. Tekanan mula dirasakan akibat kontrak-kontrak terlepas kepada golongan kontraktor yang besar.

Persoalannya disini, siapakah kontraktor-kontraktor besar ini. Siapakah yang menjaga kepentingan mereka? Apakah hubungan mereka dengan projek-projek kerajaan negeri?

Yang jelasnya, kontraktor-kontraktor bumiputera menjadi mangsa kepada kontraktor besar ini dalam memenangi kontrak-kontrak kerajaan termasuklah di Majlis Bandaraya Ipoh.

Kontraktor Melayu tidak pernah berjaya memenangi tender Majlis Bandaraya Ipoh?

Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) negeri Perak mendakwa terdapat 'kontraktor besar' yang menguasai urusan pemberian tender oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Yang Di Pertua PKMM Perak Datuk Wira Jamaluddin Abdul Rahim berkata kontraktor-kontraktor Melayu terpaksa menyerahkan lesen kepada kontraktor besar terbabit bagi mendapatkan kerja Pihak Berkuasa Tempatan itu.
"Maklumat yang diperoleh dari ahli persatuan, mereka tidak pernah berjaya memenangi tender dan sebut harga di MBI sehinggalah mereka menyerahkan lesen itu kepada kontraktor besar berkenaan.
"Syarikat mereka akan mendapat kontrak MBI selepas menyerahkan lesen dan akan dibayar saguhati di atas projek yang diperoleh itu," katanya kepada Bernama pada Rabu.
Beliau berkata demikian semasa mengulas amaran Datuk Bandar Ipoh Datuk Roshidi Hashim semalam bahawa MBI akan menyenaraihitam kontraktor yang menjual kontrak yang diberi kepada mereka oleh MBI.
Jamaluddin berkata MBI patut melupakan soal hendak menyenarai hitam kontraktor sebaliknya memberi tumpuan kepada masalah 'kontraktor besar' yang kini menguasai MBI sehinggakan kontraktor bumiputera gagal mendapatkan pekerjaan.
Beliau berkata MBI boleh membuat semakan terhadap senarai kontraktor yang telah mendapat kerja bagi mengesahkan dakwaan itu.-BERNAMA

1 comment:

opisboi said...

ye ke citer ni yeop! mike jgn buat honar! mungkin yg deme dengor itu kat pulau pinang yg diperentah olih cina kafir makan babi..perak kan di perentah olih ahli sufi yg zuhud lagi tawadukk tak akan zamberry buat keja macam itu.teman idok pecayelah yop kerana perak nie diperentah olih parti yg paling maksum di dunia tak pernah buat salah..

Followers

Video ajijoi

Loading...