Tuesday, May 17, 2011

Muktamar Muslimat Pas Perak - Pendaftaran dan jualan

IPOH (17.5.11): "Memimpin Perjuangan Yakini Janji Allah" merupakan tema yang menjadi nadi Muktamar Tahunan Muslimat PAS Negeri Perak kali ke-48 yang diadakan dengan gayanya di Hotel Hillcity, Ipoh pagi tadi.

Sebagai menghargai jasa dan pengorbanan muslimat Pas di negeri Perak, Hotel Hillcity menjadi pilihan demi keselesaan dan kemudahan bermuktamar tahun ini.

Sokongan yang padu daripada cawangan-cawangan dengan kehadiran perwakilan dan pemerhati yang memenuhi dewan besar, menjadi bukti akan peri pentingnya pergerakan muslimat didalam organisasi parti. Kesungguhan ahli jawatankuasa pelaksana pula terpampang jelas dengan persediaan yang rapi teratur beserta buku cenderamata dan beg perwakilan yang begitu bergaya.

Muktamar kali ini akan dirasmikan oleh YB Dr. Mariah Bt Mahmud, Pengarah Pilihanraya Dewan Muslimat PAS Pusat merangkap Adun Kota Raja. Dato Seri Ir Haji Nizar Jamaludin, Timbalan Pesuruhjaya I Pas Perak turut hadir dan akan memberikan ucapan.

Pendaftaran berjalan dengan lancar

Ramai yang hadir awal untuk mendaftar

Dato Seri Haji Nizar yang tiba diiringi oleh Adun Selingsing, YB Husin Din

Datin Seri Hajah Fatimah Taat turut mendaftar sebagai tetamu

Buku Cenderamata dan Ucaptama disampaikan kepada Dato Seri Nizar oleh Naib Ketua Muslimat Pas Perak, Hajah Najihatussaleha Ahmad

Muslimat mana yang diusik oleh Ustaz Misbah sehingga ketawa besar Dato Seri Nizar

Puan Zuhairah dan Hajah Najihatussaleha

Sdr Salman sedang membeli buku-buku digerai jualan

Jualan buku-buku ilmiah

Muslimat tidak dapat dipisahkan daripada kain

Gerai jualan makanan kesihatan juga dipenuhi muslimat

Pakaian ternyata memang laris dijual

No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...