Thursday, May 5, 2011

Muktamar Pemuda PAS Perak kali ke 28 berlangsung dengan jayanya

Muktamar Tahunan kali ke 28 Dewan Pemuda PAS Negeri Perak telah selesai diadakan pada 1 Mei 2011, Ahad bertempat di Dewan Tuan Guru Haji Samad Noh Markaz PAS Negeri, Air Kuning Bukit Gantang.

Majlis Perasmian berlangsung pada jam 9.30 pagi dimulai dengan nyanyian lagu tema PAS dan lagu Al Amal. Kemudian diteruskan dengan bacaan ayat suci al Quran. Ucapan Aluan telah disampaikan oleh Dr Raja  Ahmad Iskandar Al Hiss, Pengarah Panitia Muktamar Tahunan DPPNK ke 28 kemudian diikuti dengan ucaptama Ketua Dewan Pemuda PAS Perak, AFadhil Ustaz Zawawi Abu Hassan dengan tema " Pemuda Nadi Rakyat" majlis diteruskan dengan ucapan wakil perhubungan PAS Perak Al Fadhil Ustaz Abu Bakar Hussain selaku Pesuruhjaya PAS Negeri,seterusnya wakil dari  dewan pemuda pas pusat, sdr Ahmad sabki yusof , seterusnya majlis dirasmikan oleh Tuan Haji Mohamad Sabu.

Muktamar Dewan Pemuda PAS Perak berlangsung dengan begitu baik dan jayanya, seluruh pemerhati perwakilan dan piminan dapat telah memberikan komitmen yang terbaik bagi menjayakan muktamar ini.

Pemilihan Jawatankuasa DPPNK yang baru juga telah berjalan dengan baik, seluruh perwakilan telah menunaikan amanah mereka untuk memilih kepimpinan pemuda PAS negeri bagi sesi 2011-2013.

Berikut adalah senarai Saf Kepimpinan Dewan Pemuda PAS Negeri Perak bagi Sesi 2011-2013.

Pengerusi Tetap : Ustaz Mohd Nuri Endut
Tim. Pengerusi Tetap : Sdr Khalilul Rahman Abd Samad

Ketua Pemuda : Ustaz  Zawawi Hassan
Timbalan Ketua Pemuda : Dr  Raja Ahmad Iskandar

Naib Ketua Pemuda :  Ustaz Khairi Jamaluddin

Ahli Jawatankuasa
1. Ustaz Mohd Hafez Sabri
2. Ustaz Abdul Fattah
3. Ustaz Akmal Kamaruddin
4. Ustaz Nazri Din
5. Ustaz Fakhrulrazi
6. Sdr Mohd Hakim
7. Ustaz Ismi
8. Ustaz Azmin
9. Sdr Aidil Abd Aziz
10.Sdr Firdaus

Pemeriksa Kira-Kira
1. Sdr Nik Nor Azman
2. Sdr Azhar Rifa'ie

 Selain itu, 4 anugerah jasamu dikenang juga telah diberikan kepada 4 orang bekas exco yang telah bersara dari pentas pemuda, mereka ialah, Ustaz Nuri Endut, Sdr Ridwan Rasyid, Sdr Aminuddin dan Sdr Nik Nor Azman.

Selain itu angerah keseluruhan bagi pemuda kawasan terbaik telah dimenangi oleh Pemuda PAS kawasan Tambun, bagi anugerah PASTI dan pengurusan Blog terbaik juga dimenangi Pemuda PAS kawasan Tambun, bagi anugerah system UKJ terbaik dimenangi pemuda PAS kawasan Kampar dan anugerah jabatan amal terbaik telah dimenangi Pemuda PAS kawasan Gerik.

Diharapkan seluruh Pemuda PAS Perak, mengekalkan momentum Tarbiyah, Dakwah dan siasah bagi berhadapan apa jua cabaran dan rintangan untuk menggapai kemenagan buat perjuangan Islam di Perak ini.

Sent from my iPhone

No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...