Sunday, November 28, 2010

Gesa kerajaan Melaka henti diskriminasi PASTI

Gesa Kerajaan Melaka henti diskriminasi PASTI

Suatu ketika dahulu saya pernah mengikuti program tarbiah di sebuah Madrasah di Melaka. Madrasah tersebut juga dilengkapi dengan sebuah Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) untuk pentarbiahan seawal 5 tahun bagi masyarakat sekitar kawasan madrasah berkenaan.

Hebatnya kanak-kanak Pasti tersebut, mereka mampu membaca doa wehdah dengan cukup fasih, lantang dan bersemangat walaupun masih kecil. Doa yang dibaca oleh para sahabat Rasulullah dan para mujahidin Islam sejak zaman khulafa’ Islam cukup meruntun jiwa kita jika berpeluang menyaksikannya.

Saya yang tidak pernah berpeluang menjadi pelajar PASTI juga berasa ketinggalan mengenangkan betapa bersedianya mereka memikul tanggungjawab menjaga ummah pada umur yang akan datang.

Pada pandangan saya, disebabkan itulah kerajaan negeri Melaka cukup ‘jaki’ dan anti terhadap PASTI di sana. Ya, generasi Al Quran yang diasuh melalui PASTI bakal menghumban jauh ideologi sekular dan kerosakan aqidah di sekuruh Melaka jika mereka terus menerima tarbiah berpanjangan selepas selamat berkonvokesyen di PASTI.

Lihat sahaja nasib 4 PASTI (Bukit Rambai, Krubong, Ayer Keroh dan Teluk Mas pernah dihadapkan ke Mahkamah sejak 2003 lagi demi mengesahkan aktiviti perobohan insttusi mulia tersebut. Namun kerajaan gagal mendapat perintah merobohkannya pada 2009 kerana hakim memutuskan operasi PASTI berkenaan adalah SAH menurut undang-undang negeri. Bayangkan 3 hakim bertukar ganti, 23 kali kes berlegar di mahkamah semata-mata mencari keabsahan untuk merobohkan PASTI sebuah tadika Islam. Kini Pasti Jaya Ihsan Bukit Katil pula menjadi mangsa kerahan kerajaan negeri untuk dirobohkan atas nama Akta Pengambilan Tanah.

Usaha menubuhkan pusat prasekolah Islam telah bermula sejak akhir tahun 1970-an. Perkembangan pendidikan yang semakin pesat dan pertumbuhan pusat-pusat didikan prasekolah yang semakin meningkat telah menyemarakkan lagi semangat ahli PAS dan pencinta Islam untuk memberikan suatu alternatif kepada sistem pendidikan yang sedia berjalan.

Persefahaman antara jamaah Islam khususnya Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah membahagikan peranan pendidikan pra sekolah kepada ABIM seawal tahun 1980 an. Maka lahirlah pusat- pusat pendidikan pra sekolah Islam yang diberi nama Taman Asuhan Kanak-Kanak Islam (TASKI) dan kemudiannya berdikari atas nama PASTI .

Di Perak, para pemuda PAS perlu bersedia mempertahan institusi ini bersedia atas sebarang kemungkinan yang berlaku terhadap PASTI di negeri ini.

Justeru PASTI wajib dipertahankan oleh seluruh masyarakat Islam atas jasa dan kurikulumnya yang bercita tinggi untuk agama dan negara.

Muhamad Nuruddin Bashah

Ketua Penerangan

Dewan Pemuda PAS Kaw Gopeng

No comments:

Followers