Monday, November 15, 2010

Ibadah Qurban Surau Al-Ehsan 2010



Surau Al-Ehsan, Taman Endah Jaya, Rapat Setia, Ipoh berterusan menganjurkan Ibadah Qurban bagi tahun 2010 ini dengan mempelawa muslimin dan muslimat untuk turut serta di dalam mengerjakan ibadah qurban pada Hari Raya Pertama iaitu Rabu 17 November 2010.

Bagi yang belum biasa mengerjakan ibadah qurban ini, pihak surau membukakan peluang yang seluas-luasnya untuk anda bersama-sama menimba pengalaman samada menumbang, menyembelih, melapah, memotong daging, mengapak tulang dan kepala serta memproses perut dan kaki lembu. Cara pembahagian daging-daging untuk para peserta, pekerja dan juga ahli qariah juga boleh dipelajari.

Suatu yang istimewa bagi Surau Al-Ehsan tahun ini adalah penyertaan muslimat di dalam proses melapah dan memotong daging lembu dimana seekor lembu diberikan kepada muslimat untuk disempurnakan qurban itu.

Majlis akan bermula jam 9.30 pagi setelah selesai Solat Sunat Aidiladha serta jamuan ringan.

Semoga dengan kehadiran anda akan lebih meriahkan lagi ibadah qurban yang kita jalankan bersama tahun ini.

Tuan Guru Haji Abu Bakar Hussain, selaku Pengerusi Surau Al-Ehsan serta Ahli Jawatan Kuasa dan ahli kariah surau mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA serta SELAMAT MENJALANI IBADAH QURBAN.

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

TV PAS

Loading...

Malaysiakini

Loading...

TV Selangor

Loading...

Media Rakyat

Loading...

Tuan Guru Nik Aziz: Rutin Pagi Jumaat

Loading...

Video Pilihan

Video ajijoi

Loading...

Malaysian News

Loading...

Jaringan Berita

Followers