
Kerja-kerja pemotongan daging serta tulang menjadi lebih cepat dan senang tahun ini apabila ramai tenaga yang datang membantu. Kebanyakannya daripada tenaga muda yang mula berjinak-jinak dengan ibadah qurban tahun ini.
Suatu perkembangan yang baik dan sihat kerana para pemuda inilah yang bakal mengambil alih tampuk pengurusan ibadah qurban di Surau Al-Ehsan tahun-tahun mendatang. Kami dipihak surau amat mengalu-alukan penglibatan pemuda di dalam program-program anjuran surau.

Saudara Nizam yang kurang berupaya juga tidak mahu ketinggalan memenuhi hari rayanya dengan melakukan ibadah qurban. Anda yang sihat wal-afiat takkan hanya duduk dirumah saja?

Daging-daging yang telah siap dipotong, ditimbang serta dibungkus mengikut kiraan dan pembahagian yang telah ditetapkan

Geng Kapak yang berehat sebentar setelah penat lelah menghayun kapak membelah tulang-tulang 9 ekor lembu
No comments:
Post a Comment