Friday, November 19, 2010

Ibadah Qurban Surau Al-Ehsan 2010 - Penyediaan jamuan


Apa bendanya ni? Roket Apollo ke? Atau roket DAP? Orang Perak memang tak pernah tengok benda ni.

Inilah cara memasak nasi yang popular di negeri Kedah. Seri Kedah namanya. Haji Omar menempahnya khas untuk kegunaan surau bila setiap kali mengadakan jamuan. Dan pada Hari Raya Aidil Adha inilah pertama kali ianya digunakan.

Ustaz Faisol gembira kerana 'apollo' berjaya memasak (mengukus) nasi dan lemang sekaligus

Ustaz Faisol yang bertindak sebagai tukang masak hari ini bergambar bersama pembantunya, En Radzi

Beras dimasak didalam 11 talam dan lemang diikat sekelilingnya dengan air rebusan didalam kawah, lalu ditutup dengan bekas berbentuk 'apollo' sehinggalah nasi masak

Bergambar kenangan dengan hasil masakan yang menjadi

Haji Kassim, Haji Rahim, Tuan Guru Haji Abu Bakar, Ustaz Faisol dan Haji Omar

Orang kuat muslimah yang juga tukang masak surau, Hajjah Mazidah dan Kak Nah

Tempat pengumpulan daging untuk diagihkan yang diletakkan dibawah tanggungjawab saya, membuatkan pergerakan agak terbatas untuk mengambil gambar dengan lebih banyak dan lengkap untuk laporan kegiatan hari ini

Peserta dan petugas majlis ibadah qurban menjamu selera dengan makan tengahari yang lazat

Semoga ibadah qurban akan berterusan dilakukan oleh warga kariah Surau Al-Ehsan pada tahun-tahun mendatang dengan kemeriahan bergotong-royong dalam suasana ukhuwwah mesra mengikat silaturrahim penduduk setempat.


No comments:

Followers