Thursday, November 18, 2010

Sehari sebelum Ibadah Qurban Surau Al-Ehsan

IPOH (16 Nov): Sehari sebelum menjelangnya Hari Raya Aidil Adha dimana Surau Al-Ehsan akan melaksanakan ibadah qurban dengan 9 ekor lembu akan disembelih, pihak surau telah menyempurnakan hajat En Nazmi dan Haji Yaakob untuk ibadah aqiqah dengan menyembelih seekor lembu pada petang hari ini dan dagingnya dijadikan juadah buat jamuan pagi raya dan juga makan tengahari kepada semua yang hadir dimajlis qurban esok.

Sungguhpun hari ini adalah hari bekerja, tetapi kemeriahan menyambut raya tetap terasa dengan kehadiran yang ramai termasuklah para pemuda membantu persiapan yang dijalankan.


Kerja-kerja pemotongan daging dilakukan dengan bantuan pemuda

Haji Omar memastikan segala peralatan didalam keadaan yang baik

Ustaz Faisol dan Ustaz Tahir, 2 chef surau

Tuan Guru Haji Abu Bakar sedang membasuh daging bersama AF Ustaz Rosman

Mengasah kapak untuk kegunaan esok


Apa yang seronok sangat antara Haji Amran dan Haji Omar tu?

Hafizi sedang memasang speker box dengan dibantu oleh saya (bantu tengok, kahkahkah)

Tuan Guru Haji Abu Bakar sedari tengahari lagi telah berada disurau untuk memastikan segala persiapan berjalan dengan lancar

2 chef sedang berkongsi resepi masing-masing

Muslimat sedang menyediakan keperluan memasak dibawah surau


Seorang lagi chef, Haji Kassim

Kaki bakar

Lembu-lembu yang menunggu giliran untuk dikorbankan

{Kenapa gambar sembelihan lembu aqiqah tiada? Sebab saya sampai lambat, hantar isteri dan anak-anak balik kampung.....sori}

2 comments:

ummunaufal aljundie said...

tunggu gambar apollo...

mm said...

yop, mujor keluor lagu nasyid, kalo lagu tekno yg keluor, tumpoo....

fizi

Followers

Video ajijoi

Loading...