Sunday, November 28, 2010

POLITIK PERKAUMAN UMNO MENJAUHKAN ORANG MELAYU DARI DASAR PERJUANGAN ISLAM

IPOH, 26 November, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain, hari ini menyatakan bahawa UMNO cuba menipu orang Melayu dengan membangkitkan isu perpecahan Melayu yang kononya sedang berlaku di Perak.

Menurut beliau, UMNO merasakan kononnya mereka sahajalah yang mengambil berat akan orang Melayu. Hakikatnya, PAS selama penubuhannya, telah sekian lama memperjuangkan kesatuan Melayu. Hanya bezanya ialah kesatuan yang diusahakan oleh PAS adalah berasaskan Islam sedangkan apa yang diusahakan oleh UMNO adalah berasaskan sentimen perkauman yang sempit.

Beliau menyatakan lagi, bagi PAS dan mereka yang berjuang di atas dasar Islam, UMNO adalah punca perpecahan ummat Islam kerana UMNO membawa dasar selain dari Islam sebagai dasar perpaduan ummat Islam. UMNO membawa sebuah dasar yang bukan dari Islam dan dalam banyak segi, bercanggah dengan Islam.

Memetik ucapan beliau, “ Usaha PAS untuk menyatupadukan ummat Islam atas dasar Islam digagalkan UMNO melalui berbagai cara termasuk fitnah, penyelewengan maklumat dan tidak ketinggalan juga penggunaan ISA terhadap pimpinan PAS ” “ Ummat Islam ditakut-takutkan oleh media yang dikuasai UMNO dan dikelirukan dengan sengaja supaya menolak perpaduan yang diusahakan PAS. UMNO adalah punca mengapa ummat Islam tidak bersatu di atas dasar Islam ”

Menurut Pesuruhjaya PAS Perak itu lagi, UMNO sebenarnya gagal menyatupadukan orang Melayu atas dasar Melayu kerana PAS membawa persoalan agama ke dalam arena politik, satu tindakan yang ditolak UMNO. PAS memberitahu orang Melayu bahawa dasar "Melayu" yang mengharuskan rasuah, kezaliman, penyelewengan, penindasan, kronisma dan segala yang tercela "demi kepentingan Melayu", adalah sesuatu yang menyesatkan. Oleh itu sebahagian dari orang Melayu tidak bersama UMNO dan sebaliknya memilih untuk bersama PAS.

UMNO memberitahu orang Melayu bahawa bangsa Melayu akan hilang kuasa politik sekiranya tidak bersatu di bawah payung mereka dan menakutkan orang Melayu dengan ramalan-ramalan seperti orang Melayu menggemis di Negara sendiri dan sebagainya. PAS memberitahu ummat Islam bahawa keadaan "lemah" mereka adalah hasil dari perjuangan "Melayu" yang diperalatkan segelintir elit Melayu untuk mengayakan diri mereka sendiri di atas nama semangat Melayu. PAS menyeru ummat Islam untuk kembali kepada Islam dan menolak dasar Melayu ini. Sekiranya tidak, maka pendekatan yang dibawa UMNO selama ini akan menyebabkan ummat Islam menjadi semakin lemah dan yang paling dikhuatiri sebagai ummat Islam ialah semakin dimurkai Allah, tegas beliau.

No comments:

Followers