Wednesday, April 22, 2009

Zambry masih merasa dirinya bukan MB yang sah

Zambry mohon Mahkamah Persekutuan isytihar beliau MB

PUTRAJAYA: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menfailkan notis usul di Mahkamah Persekutuan untuk merujuk persoalan undang-undang berhubung tafsiran Fasal 63 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak supaya mahkamah itu memutuskan beliau adalah Menteri Besar yang sah.

Dr Zambry menfailkan notis usul itu di pejabat pendaftar Mahkamah Persekutuan, di sini, semalam, melalui Tetuan Zul Rafique and Partners.

Notis usul itu diedarkan kepada media petang ini.

Dalam notis usul itu yang disertakan dengan afidavit sokongannya, Dr Zambry memohon supaya Mahkamah Persekutuan memutuskan dan mentafsir peruntukan Fasal-Fasal 16(2) dan 16(6) Undang-Undang Tubuh Negeri Perak iaitu;

- sama ada Sultan Perak mempunyai hak untuk memperkenan permohonan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak (sidang DUN) apabila Mohammad Nizar tidak lagi mendapat kepercayaan sebahagian besar anggota-anggota Dewan;

- sama ada apabila Sultan Perak tidak berkenan untuk menggunakan prerogatif diraja baginda untuk membubarkan sidang DUN, adakah ia merupakan suatu kehendak peruntukan Fasal 16(6) bahawa Mohammad Nizar harus meletakkan jawatan beliau dan ahli-ahli majlis mesyuarat kerajaan;

- sama ada berikutan keengganan Mohammad Nizar meletakkan jawatan dan ahli-ahli mesyuarat kerajaan, Sultan Perak mempunyai hak untuk melantik Zambry sebagai menteri besar.

Zambry dalam notis usulnya berkata, sekiranya Mahkamah Persekutuan memutuskan ketiga-tiga persoalan itu memihak kepadanya, maka mahkamah itu perlu mengisytiharkan bahawa pada 6 Februari 2009, beliau telah dilantik dengan sewajarnya sebagai Menteri Besar Perak.

Mahkamah Persekutuan menetapkan Selasa depan untuk mendengar permohonan notis usul itu.

Zambry berkata keputusan mahkamah itu juga nanti akan meleraikan kebuntuan politik yang berlaku di Perak di mana Mohammad Nizar menegaskan beliau masih Menteri Besar yang sah, sidang DUN tidak dapat bersidang dan kerajaan negeri Perak tidak berupaya untuk melaksanakan tugasnya dengan efisyen dan/atau bebas. - Bernama

Ajijoi ~ Macam mana nak mentadbir negeri kalau tiada keyakinan diri? Sultan dah lantik jadi MB, apa masalah lagi?

Pangkat Dato Seri pun dah bagi. Apa nak lagi? Rakyat perak pun menyokong penuh (kata dia ler).

Yang sebenarnya, tiada ketenteraman hati. Orang bersalah mana pernah rasa aman. Jiwa kacau.

2 comments:

Anonymous said...

kalau menang, sebahagian rakyat tambah membenci tunggu PRU13, kalau kalah sebahagian rakyat terus membenci kerana merampas... jadi siapa yang kena???? Zambiri-biri jangan dikambing hitamkan udah ler

LAMBORKIRI said...

untuk penjelasan lanjut..insya Allah jom kita pergi ke SURAU TAMAN PERMATA , Ulu Klang, Selangor magrib hari ini (23/4/2009). Insy Allah Dato Seri Niza kan memberi taskirah lepas magrib malam ini..

Followers