Thursday, April 9, 2009

Kenduri kesyukuran di Bukit Gantang kini bermula



Kenduri-kenduri kesyukuran diatas kemenangan DS Nizar dan Pas di Bukit Gantang telah bermula. Dimana-mana penyokong Pas mula mengadakan kenduri bagi menyatakan rasa syukur kerana segala usaha mereka untuk memenangkan calon Pas telah dimakbul Allah.

Setelah penat lelah berkempen menghadapi pilihanraya kecil di Bkt Gantang, kini tiba saatnya meraikan kemenangan tersebut.

Sungguhpun begitu, tidak semua kenduri tersebut dapat dihadiri oleh DS Nizar.

Malam ini (Khamis 9.4.09), DS Nizar dan isteri telah berkunjung ke Kampung Permatang Raja bagi memenuhi jemputan kenduri kesyukuran disana. Turut bersama adalah Ketua Dewan Pemuda Pas Perak, Ustaz Norazli Musa.

DS Nizar telah menyampaikan ucapan terima kasihnya dihadapan penduduk kampung yang hadir sekitar 500 orang. Beliau juga turut menyatakan bahawa Umno tidak lagi relevan kepada rakyat dengan bukti yang jelas di terjemahkan oleh rakyat melalui peti undi baru-baru ini.



Didalam perjalanan pulang, beliau telah dihubungi agar singgah ke Kampung Sg Baru, Sungai Kerang untuk bersama-sama meraikan kenduri kesyukuran dengan penduduk kampung disana.

Untuk tidak menghampakan permintaan penduduk, DS Nizar telah singgah sebentar untuk bersama-sama penduduk kampung meraikan kemenangan kerusi Parlimen P059 Bukit Gantang. Hampir 100 orang penduduk yang telah sedia menunggu beliau disana.

Adakah kenduri-kenduri sebagini akan berterusan sehingga Dun Perak dibubarkan?

3 comments:

psychedelicmundo said...

salam ajijoi.teman nak mntak pndang mike la kan.bg teman xpayah lg bubar dun.sebab2 nya
1)rakyat da bekeje untuk 1 pilhanraya umum campur 3 Pilihanraya kecil dlm mase setahun .dalm 3 kali itu PRK, 7 april hari tu berjalan serentak tp 3 tmpt berasingan.jadi 5 tempat dah pilihanraya kecil(permatang pauh,KTerengganu,Bkt gantang,buit selambau dan Batag Ai.jikalau ada lagi pilihanraya Perak sekali lagi ini di takuti akan memenatkan rakyat dan petugas.

2)kedua belanja pilihanraya bukannya kecil.blanje rasmi dri calon untuk bhn kempen,campur blanje sendiri bg blogers,petugas tak rasmi dan juga penykong yg seringkali membanjiri kwasan terutama ktika pnamaan calon.jadi perbelanjaan bertambah lg untuk pilihanraya ekoran bubarnya DUN Perak

3)sekiranya di bubarkan juga dan pilihanraya Perak di lakukan takot2 UBN main lebih kotor lagi dan mungkin ada beberape kerusi milik PR melayang.takot2.

4)lebih baik YB2 tumpu kepada kwasan masing2 dan gunakan masa sebelum PRU 13,sekurang2 nya 3 tahun selesaikan masalah rakyat dkwasan msg2,mengumpul kekuatan rakyat,buka cawangn,pusat khidmat dan tmbah ahli serta tingkatkan kesedaran rakyat.tunjkan contoh yg baik bhawe walaupun kita msih blom mndapat negeri tetapi prestasi kita bgoz.

teman riso kalo sepanjang penggal ni kite abeh berpilihanraya.fokuskan lebih sikit pada penduduk luar bandar yg rate2 masih lg penykong UBN tegar.wAllah A'lam.

Anonymous said...

saya tak berapa setuju buat-buat kenduri ni....dah tentu makan belanja jugak ni. Cukup buat sujud syukur, banyakkan istighfar, ingat-ingatkan rakyat supaya insaf tentang rahmat kemenangan...ingat-ngatkan rakyat berpegang kemas pada tali Allah.....ingat-ingatkan Allah perjuangan adalah kehidupan yang tak mungkin ada kesudahan sedang kemenangan adalah ketika berjumpa Tuhan....

entah ler...tak setuju kenduri-kendara kalo lepas menang p/raya....sebab itu dah macam budaya UMNO.

Anonymous said...

alamak...ada typing error komen saya tadi...harap tuan blog betolkan...bukan ingatkan Allah, tapi ingatkan rakyat....maaf

Followers