Thursday, April 16, 2009

Keputusan yang sememangnya dirancang?


Pada 9 April yang lalu, Mahkamah Persekutuan telah mengisytiharkan bahawa tiga wakil rakyat bebas negeri Perak iaitu Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Kpt (B) Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang) masih kekal sebagai penyandang kerusi tersebut.

Pada hari ini, Mahkamah yang sama telah membuat keputusan bahawa Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar tidak mempunyai kuasa untuk menggantung Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir dan enam Exco yang lain daripada menghadiri sidang DUN.

Kedua-dua keputusan tersebut dibuat menjelang tamatnya tarikh akhir sidung Dun Perak sepatutnya bersidang. Bagaikan memang dirancang dari awal.

Ianya dilihat bagaikan satu usaha daripada kerajaan BN Perak untuk membolehkan mereka bersidang bagi mengekalkan kuasa di negeri Perak.

Dengan kedua-dua keputusan yang diperolehi, kesemua adun bn dan bebas dapat bersatu di dalam dewan sidang dun bagi mengusulkan satu undi tidak percaya terhadap Menteri Besar DS Nizar.

Diketika penyokong-penyokong Pakatan Rakyat terutamanya Pas sedang berura-ura serta membilang hari menunggu tarikh akhir dun sepatutnya bersidang dan bersiap-sedia untuk menghadapi pilihanraya negeri, keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini sedikit membantutkan perancangan tersebut dan membawa episod pembubaran dun ke babak yang baru.

Ternyata umno dan bn tidak sanggup menghadapi pilihanraya apatah lagi pilihanraya negeri yang bakal menguburkan mereka di negeri Perak.

Bahang kekalahan teruk mereka di Bukit Gantang masih terasa malah persoalan kepada kekalahan tersebut juga belum berjawab.

1 comment:

Gedung Akal said...

Sebagai rakyat Malaysia yang penakut, maka saya tak mau komen apa2. cuma nak sebut kami takut nak cakap apa2 nanti kerajaan tangkap dan dakwa sebagai menghina sultan, hina polis, hina SPRM, hina mahkamah...dsb..walaupun kami rasa kami tahu penghinaan ini kalau tidak tepat barangkali 99% menghampiri kehinaan pihak yang dihina. Tapi kami tidak jatuhkan kehinaan kepada mereka semua dan kami merngaku kami ini yang hina dan penakut. Itulah suara hati rakyat dalam negara demokrasi terpimpin ini.

Followers