Semasa menuju ke Simpang selepas ceramah TG Nik Aziz di Trong sekitar jam 1.30 pagi, kelihatan orang ramai beserta polis dan FRU memenuhi jalan raya di simpang ke Kg Changkat Ibol.
Singgah kesana untuk mengetahui apa yang terjadi, rupa-rupanya kubu kuat Pas cuba dimasuki umno untuk dipasang banner yang dikatakan menghina Pas.
Penduduk tempatan dari kalangan Pas tidak membenarkan petugas umno untuk memasang banner tersebut sehinggakan terjadi perbalahan yang hampir-hampir mencetuskan pergaduhan.
Peranan pihak polis dengan bantuan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) yang begitu ramai telah berjaya menyuraikan keadaan yang semakin tegang.
Ust Norazli Musa yang dipanggil ke tempat kejadian telah meredakan kemarahan ahli-ahli Pas dan berjaya menghalau petugas-petugas umno dari tempat itu.
Laporan dari msomelayu yang lebih awal tiba di tempat kejadian. [klik]
No comments:
Post a Comment