IPOH (10.4.09): Selepas selesai di rumah arwah Roslan Shaharum, DS Nizar sempat singgah menziarahi Imam Fahme di Kg Meranti Lapan, Changkat Larang.
Imam Fahme bersama isteri diserang penyakit angin ahmar lebih sebulan yang lalu dan hampir seminggu ditahan di Hospital Besar Ipoh. Kini kesihatannya beransur pulih, cuma kaki kirinya belum kuat untuk berjalan jauh.
"Kami pernah tinggal serumah semasa kempen pilihanraya di Pendang, Kedah suatu ketika dulu," cerita DS Nizar tentang perkenalannya dengan Imam Fahme. Mereka juga biasa bersama didalam program anjuran Pas.
Kunjungan DS Nizar serta isteri begitu menggembirakan Imam Fahme sekeluarga. Biarpun sebentar namun ianya amat bermakna.
Sahabat lama bertanya khabar, bertukar cerita.
"Hanya bahagian ini saja yang masih sakit lagi" kata Imam Fahme.
Ketua kampung Sri Rahmat dan Changkat Larang juga turut serta.
DS Nizar prihatin mendengar cerita Imam Fahme.
Isteri Imam Fahme sedang menerangkan sesuatu kepada DS Fatimah Taat.
Ketua kampung Sri Rahmat, Sdr Ahmad Osman sedang mengadukan masalah penduduk kepada DS Nizar.
Bergambar kenangan bersama keluarga Imam Fahme.
No comments:
Post a Comment