Wednesday, April 8, 2009

Menunggu keputusan dengan penuh debaran






AIR KUNING (7.3.09): Sekitar jam 6.00 petang saya tiba di Markaz Induk Pas Air Kuning untuk mengetahui keputusan kiraan undi di Bukit Gantang.

Walaupun hujan agak lebat, itu tidak menghalang orang ramai daripada berpusu-pusu untuk ke situ. Suasana di luar markaz bagaikan satu pesta yang lebih meriah daripada jomheboh. Kenderaan yang diletakkan dikedua belah bahu jalan sepanjang kira-kira 3 kilometer menambahkan lagi kesesakan disitu.

Namun, itu semua hanyalah satu hiburan dan keseronokan kepada orang ramai yang berkunjung. Apatah lagi pelbagai jualan diadakan dihadapan markaz induk ini.

Dihadapan markaz, telah ramai yang berkumpul untuk mengetahui kedudukan kiraan undi setakat itu. Apabila pintu pagar dibuka, ramai yang menyerbu masuk untuk melihat dengan lebih dekat lagi.

Kelihatan DS Nizar dan isteri, Speaker Sivakumar dan pimpinan yang lain telah berada didalam dewan.

Baik didalam dewan mahupun diluar, setiap kali angka-angka diisi, setiap kali nombor-nombor berubah, pasti ada sorakan dan laungan takbir. Bergema suara rakyat mengiringi titisan hujan. Tak kurang juga kedengaran keluhan apabila angka-angka menunjukkan pengurangan dipihak Pas. Bagaikan suasana di bursa saham, kata Imam Zulkarnain Ibrahim yang duduk disebelah saya.

Wak albanjari tiba agak lewat kerana kesesakan jalan yang menghalang perjalanan beliau. Namun begitu, siaran langsungnya dari dewan markaz telah dilayari melebihi 50,000 pengunjung yang tidak sabar-sabar untuk menunggu berita tv mahupun pengumuman daripada SPR sendiri.

Tiba-tiba sistem komputer mengalami sedikit gangguan. Keputusan seterusnya tidak bersiaran. Walaupun majoriti terkini berpihak kepada Pas, debaran semakin kencang dirasakan. "Kita pun rasa bedebo-debo (berdebar-debar), MB apa lagi? Lagi teruk bedebo-debonya tu. Tak senang duduk kawan" ngomel Ust Zul lagi.

Kesungguhan kakitangan teknikal markaz memperbaiki talian, patut dipuji. Namun begitu, keadaan tidak seperti yang diingini. Siaran tetap tergendala. Cemas makin mengasak dada.

Sekitar jam 8.30 malam, keputusan memihak kepada calon Pas. Walaupun belum rasmi, namun gegak gempita laungan takbir dan sorakan gembira bisa menerobos kubu-kubu umno yang berada di sekitar kawasan markaz.

Kami pun bergegas ke Dewan Bandaran Taiping untuk menyaksikan pengumuman rasmi SPR akan kemenangan DS Nizar bagi kerusi Parlimen Bukit Gantang.

No comments:

Followers