Wednesday, April 8, 2009

Restu rakyat bukan untuk Umno dan BN


MOHON RESTU RAKYAT...Inilah motto kempen pilihan raya kecil Bukit Gantang yang berakhir semalam. Restu dipohon oleh Datuk Seri Najib untuk jawatan yang baru dipegangnya iaitu Perdana Menteri. Restu dipohon oleh Datuk Dr Zambry untuk jawatan MB Perak. Restu dipohon oleh Ismail untuk menjadi anggota Parlimen Bukit Gantang.

Terbukti, rakyat menolak permohonan mereka bertiga apabila BN kalah di Bukit Gantang dengan majoriti yang sangat besar iaitu 2,789 undi. Kini apa yang akan dibuat oleh Najib dan Zambry khasnya selepas rakyat menolak permohonan mereka.

Mahukah Najib melepaskan jawatan PM? Mahukah Zambry melepaskan jawatan MB Peraknya?

Yang pasti, hingga kini hanya Ismail yang tidak menjadi anggota Parlimen Bukit Gantang. Yang berdua lagi itu belum membuat keputusan mereka lagi walaupun rakyat telah menolak permohonan mereka.

-siasahdaily

Ajijoi ~ Mengapa 'Mohon Restu Rakyat' tidak dijadikan motto ataupun tauladan semasa merampas kuasa di negeri Perak awal Februari lalu? Mengapa hak rakyat yang telah memilih Pakatan Rakyat untuk meneraju pemerintahan negeri Perak tidak dihormati?

Walaupun rakyat mendesak dan berharap sangat agar kuasa memilih pemimpin dikembalikan kepada rakyat dengan membubarkan Dun agar rakyat dapat menyuarakan hak mereka dalam memilih kerajaan negeri.

Mohon restu rakyat hanyalah satu ungkapan yang menghina rakyat Perak bagaikan diolok-olokkan dengan slogan manis namun kosong.

Dimana-mana dalam kawasan Bukit Gantang, gambar Najib dan Zambry mengatasi Ismail Saffian, calon BN yang bertanding. Betapa BN sendiri mengakui akan kelemahan calon mereka yang tidak dikenali walaupun diangkat sebagai 'calon tempatan' sehinggakan Najib dan Zambry sendiri yang dijaja dimerata-rata tempat.

Inilah wajah umno yang dulu, kini dan selama-lamanya.....(anda tambahlah sendiri mengikut sesedap rasa).

No comments:

Followers