TV3 juga didalam buletin utamanya semalam mengeluarkan statistik yang menggambarkan seolah-olah setiap kali pilihanraya diadakan, wang rakyat akan dibazirkan untuk tujuan tersebut. Pihak pembangkang juga dipersalahkan kerana hampir kesemua pilihanraya kecil yang diadakan oleh kerana perletakan jawatan adun ataupun ahli parlimen berpunca daripada pembangkang.
Mungkin ada benarnya. Perbelanjaan yang besar diperlukan untuk setiap pilihanraya.
Tetapi perbelanjaan tersebut dapat dikecilkan jika pilihanraya diadakan mengikut lunas-lunas demokrasi yang sebenar.
Bagaimana caranya? Begini :-
1. Kempen pilihanraya diperluaskan kebebasan penggunaan media cetak dan elektronik kepada kesemua parti yang bertanding. Calon-calon dapat diperkenalkan kepada pengundi serta mesej kempen yang dibawa parti dapat diperjelaskan kepada semua. Ini dapat mengurangkan perbelanjaan poster-poster serta kain rentang (yang terkadang terlalu semak dipandangan mata serta mengganggu keselamatan pengguna jalanraya) serta elaun polis dan fru yang terpaksa menunggu setiap ceramah yang diadakan.
2. Segala rasuah seperti penurapan jalanraya, pembaikan prasarana sekolah serta pelbagai pemberian lain yang hanya dilakukan bila tiba pilihanraya harus dihentikan.
Tetapi persoalan yang jarang dilihat ramai adalah siapakah yang sebenarnya mengaut keuntungan setiap kali pilihanraya kecil diadakan.
Walau dimanapun jua pilihanraya kecil diadakan, pastinya kawasan itu menjadi tumpuan segala bentuk bantuan dan juga kenaikan taraf kemudahan yang terdapat disana.
Dan sudah tentulah KONTRAKTOR KELAS F dikawasan tersebut yang akan menerima durian runtuh apabila projek yang umpama 'cendawan tumbuh selepas hujan' membanjiri kawasan tersebut.
Siapakah KONTRAKTOR KELAS F yang dimaksudkan? Ahli-ahli dan penyokong daripada parti pembangkangkah? Atau...
Siapa kata semua orang tidak suka pilihanraya kecil bertandang ketempat mereka?
No comments:
Post a Comment