Monday, May 6, 2013

TAHNIAH! YB Radzi Zainon menang bergaya di Dun Sg Rapat


Tahniah diucapkan kepada calon PAS di Dun N43 Sg Rapat, Ustaz Radzi Zainon yang menang bergaya mengatasi penyandangnya, Datuk Hamidah Osman daripada BN. 

Kemenangan Ustaz Radzi Zainon begitu manis dirasakan oleh semua petugas, ahli dan penyokong PAS Gopeng kerana majoriti yang diperolehinya begitu besar (2,638 undi) berbanding kekalahannya (636 undi) pada PRU-12 tahun 2008.

Jentera Pas Gopeng yang sedari mula lagi bergerak bersama rakyat di Dun Sg Rapat dengan membawa mesej dan dakwah yang jelas mengenai perjuangan Pas. 


Ustaz Radzi Zainon pula dilihat konsisten dalam mengendalikan Pusat Khidmat Masyarakat (PR) Dun Sg Rapat dengan senantiasa turun menziarahi serta membantu kepada semua yang memerlukan tidak kira daripada parti mana mereka berada. 

Kemenangan ini bukanlah kerana kelemahan calon parti lawan tetapi lebih kepada pendekatan berhemah yang dibawa oleh Ustaz Radzi Zainon sendiri dan juga Pas Gopeng.


Biarpun pelbagai serangan saraf dan fizikal yang digunakan oleh pihak lawan, peribadi Ustaz Radzi sendiri telah berjaya memikat dan menarik sokongan pengundi untuk memilih beliau sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.43 Sg Rapat pada PRU-13 kali ini. Siri-siri dialog terbuka bersama pengundi semasa tempoh berkempen telah digunakan sebaiknya oleh beliau untuk memenangi hati pengundi, bukan sahaja daripada kalangan masyarakat Melayu tetapi juga Cina dan India.

Sekalung syabas dan tahniah buat semua yang terlibat sama ada secara langsung ataupun tidak langsung dalam menjana kemenangan Pas di Dun Sg Rapat ini.

Ucapan ribuan tahniah kepada Ustaz Radzi di atas kemenangan ini dan setinggi-tinggi kesyukuran kehadirat Ilahi atas kejayaan kami. Sesungguhnya kemenangan ini adalah satu amanah bukan sahaja buat Ustaz Radzi Zainon sebagai wakil rakyat yang dipilih bagi mewakili Dun Sg Rapat tetapi juga buat Pas Gopeng yang perlu bekerja lebih keras lagi dalam menjayakan slogan 'Negara Berkebajikan' agar dapat dinilai dan diterima pakai dalam kehidupan rakyat di Dun Sg Rapat.

YB Radzi Zainon menziarahi mangsa keganasan tragedi Flashmob berdarah tempohari di Hospital Permaisuri Bainun hari ini. 


3 comments:

raja abd aziz said...

TAHNIAH.....usaha kecilku mengusung pelekat PAS dikeretaku berbaloi

Unknown said...

Syukur kepada Allah kerana Pas menang di DUN Sg Rapat.

Rafi said...

Selamat maju jaya dalam memenangi hati rakyat, rakyat Sg Rapat khususnya...

Followers