Friday, May 3, 2013

Kami sedia jadi khadam rakyat - Pesuruhjaya PAS Perak


IPOH: Kami sudah bersedia jadi khadam rakyat," demikian tegas Pesuruhjaya PAS dalam sidang media di Pejabat PAS Perak dekat sini, hari ini.

Menurutnya, Pakatan Rakyat inginkan kuasa pemerintahan adalah untuk memberi kesenangan dan kesejahteraan kepada rakyat.

Jelasnya, pimpinan Pakatan Rakyat tidak mempunyai kepentingan peribadi seperti pimpinan BN khususnya Umno yang mengambil kesempatan dengan kuasa yang diberikan oleh rakyat untuk mengkayakan kroni dan anak-beranak.

Ustaz Abu Bakar menjelaskan, Pakatan Rakyat komited untuk merealisasikan janji yang ditawarkan kepada rakyat.

"Kami optimis akan dapat laksanakan semua janji kami dalam manifesto peringkat negeri Perak termasuklah tawaran di peringkat persekutuan jika diberikan mandat," katanya lagi.



Calon PAS Dun Titi Serong itu berkata, PAS yakin rakyat akan mengembalikan mandat yang dirampas dengan kejam oleh BN pada 2009 lalu selepas hanya sempat memerintah selama 11 bulan sahaja.

Tegasnya, Pakatan Rakyat akan membuktikan kepada rakyat negeri Perak bahawa gabungan tiga parti itu lebih berintegriti berbanding BN.

"Kami tekad merealisasikan tema TAKWA iaitu telus, amanah, kebajikan, wawasan, dan adil yang disepakati semua parti gabungan iaitu PAS, PKR dan DAP selaras dengan keperluan negeri ini yang jauh tertinggal walaupun Perak sebuah negeri yang kaya dengan sumber dan hasil.

"Walaupun pada dulu kita sempat memerintah 11 bulan, tapi banyak yang telah kami berikan kepada rakyat dan kami yakin rakyat dapat menilai semua itu," jelasnya lagi.

Jelasnya, pilihanraya kali ini telah membentuk sejarah baru apabila ketika-tiga parti iatu PAS, DAP dan PKR melalui Pakatan Rakyat berhadapan dengan BN dalam pilihanraya ini.

Pakatan Rakyat katanya dalam keadaan sangat bersedia dan mantap dalam satu gabungan yang bertujuan untuk memberikan kesejahteraan kepada rakyat dan menjatuhkan kerajaan yang zalim dan tidak adil.

"Kami mahu merealisasikan kehendak rakyat yang mahukan perubahan dan sudah pasti setiap undi daripada rakyat sungguh bermakna.

"Juteru kami menyeru agar dapat mengajak sama ada anak, ibu bapa, keluarga ,saudara mara dan sebagainya yang berada di perantauan agar dapat balik mengundi Pakatan Rakyat," tegasnya lagi.

- PerakiteDaily

No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...