Wednesday, May 1, 2013

PAS Perak cabar Hamidah, Husni Hanadzlah sahut cabaran debat!



IPOH: PAS Perak mengutuk sekeras-kerasnya penyebaran bahan-bahan risalah kempen fitnah yang disebarkan diseluruh negeri itu sepanjang kempen pilihanraya ini.

Koordinator Jawatankuasa Strategik dan Isu PAS Perak, Salman Saleh berkata, PAS tidak berminat untuk melayan gejala fitnah ini kerana ianya adalah sifat orang penakut dan bacul.

Menurutnya, PAS mahukan berkempen secara ilmiah dan mempunyai fakta-fakta, bukannya melempar fitnah yang tidak bertanggungjawab.

“Kami tidak berminat layan (risalah kempen fitnah), kami mahukan politik ilmiah dan hujah.
“Mereka hanya pandai melempar fitnah, tapi tidak bertanggungjawab dengan apa yang dibuat,” katanya dalam sidang media di Pejabat PAS Perak, dekat sini hari ini.

Hadir sama ialah jawatankuasanya, Dr Ahmad Nuri Al-Amin dan Safarizal Saleh.

Mengulas lanjut,beliau berkata, PAS sangat menggalakkan kaedah berkempen secara sihat seperti bersemuka dalam satu majlis debat.

Katanya, PAS berharap BN dapat menyahut cabaran debat yang dibuat oleh beberapa tempat antaranya di Dun Sungai Rapat dan parlimen Tambun.

Beliau mengambil contoh di Dun Sungai Rapat, PAS Kawasan Gopeng katanya telah menghantar surat jemputan debat kepada pejabat Calon BN, Dato’ Hamidah Osman bagi mempertemukan dengan Calon PAS, Radzi Zainon dalam satu majlis debat.

Debat itu katanya bertujuan untuk merungkai fitnah yang dilemparkan oleh BN khususya Umno yang mendakwa calon PAS membantah pembinaan Sekolah Agama Rakyat di Kg Desa Aman, Pengkalan Pegoh, Ipoh.

“Itu adalah tuduhan besar yang dibuat, BN telah menggunakan isu itu sebagai kempen utama mereka dengan menyebar risalah fitnah itu di semua tempat.

“Kami berharap BN bersifat budiman dan ‘anak jantan’, mereka perlu berani bersemuka dengan PAS bagi menjawab dan membincangkan tuduhan tersebut,” jelasnya lagi.

Setiausaha Pemuda PAS Perak itu menjelaskan, berdebat itu adalah satu perkara yang baik serta telah menjadi budaya di negara-negara maju dan ianya sangat digalakkan di dalam Islam.

Jelas Salman, dengan pertemuan debat itu, rakyat dapat menilai pihak betul dan hujah mana yang terbaik.


“BN perlu berani bersemua, jangan hanya berani menyebarkan fitnah sahaja,” tegasnya lagi.

- PerakiteDaily

No comments:

Followers

Video ajijoi

Loading...