Saturday, May 4, 2013

Peserta Flashmob parah dipukul samseng BN di Ipoh



IPOH: Tiga peserta ‘flashmob’ Pakatan Rakyat parah dan puluhan yang lainnya cedera apabila diserang oleh penyokong BN ketika membuat aktiviti itu.

Kejadian berlaku di Station 18, Pengkalan Pegoh, Ipoh petang tadi apabila kira-kira 200 penyokong BN berkonvoi dan bertembung dengan penyokong Pakatan Rakyat.

Suasana menjadi kecoh apabila ada dari kalangan penyokong BN membuat provokasi sehingga berlaku ketegangan sebelum mereka melakukan tindakan ala samseng dengan memukul dengan senjata seperti kayu, batu bata dan topi keledar.

Insiden tersebut menjadi kecoh kerana ianya berlaku ditengah-tengah simpang empat jalan besar.

Seorang mangsa, Muhammad Rahmat, 28, berkata, program flashmob pada mulanya berlangsung dengan aman namun setelah kehadiran penyokong BN menyebabkan keadaan menjadi huru hara.


Jelas beliau, ada dikalangan penyokong BN yang berkonvoi bersama-sama calonnya Dato’ Hamidah Osman telah melakukan provokasi terhadap peserta flashmob.

“Mereka berpakaian logo BN dan I Love PM seolah-olah sengaja inginkan kejadian itu berlaku apabila bertembung dengan kami dan mereka telah memukul peserta termasuk saya dengan kayu, batu dan topi keledar.

“Saya dihentak dengan topi keledar namun saya tidak membalas tindakan itu dan ditenangkan oleh rakan-rakan,” katanya ditemui Harakah di tempat kejadian.

Jelasnya lagi, penyokong BN  turut menyerang secara rambang kepada peserta flashmob terutama yang merakam insiden itu.

Para peserta konvoi selepas itu berjaya ditenangkan dan bersurai secara aman.

Ke semua mangsa tersebut telah dibawa ke Hospital Besar Ipoh untuk rawatan lanjut.



1 comment:

Unknown said...

Kalau xde provokasi..xkn dorang berani mcm tu...pikirla...

Followers